David Teo
[[Imej:5teo1.jpg|thumb| Mejar David Teo
David Teo Chew Huat (bahasa Cina: 张秋发) adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema. Mejar David Teo merupakan penerbit yang banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.
Mejar David Teo berasal dari Segamat, Johor, Mejar David menerbitkan filem pertamanya, Syukur 21 pada 2000 dan sehingga Oktober 2006, MMP sudah pun menghasilkan 21 filem. Setakat ini, Ngangkung adalah filemnya yang paling berjaya dan filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila memungut kutipan melebihi RM8.4 juta.[1]
Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah.Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.
Selepas bergelumang sebagai produser, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil sebagai cameo menerusi filem Remp-It dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.
[sunting] Filem Terbitannya
- Lagenda Budak Setan
- Zoo
- Cuti-cuti Cinta
- Semerah Cinta Stilleto
- Selamat Pagi Cinta
- Adnan Sempit
- Jangan Pandang Belakang Congkak 2
- Im Not Single
- Remp-it
- Tentang Bulan - arahan Ahmad Idham
- Jangan Pandang Belakang
- Anak Mami The Movie
- Anak Mami Kembali
- Mami Jarum
- Mami Jarum Junior
- Jutawan Fakir
- Kuliah Cinta
- Tangkai Jering
- Lady Boss
- Syukur 21
- No Problem
- Mistik
- Potret Mistik
- Alamak Toyol!
[sunting] Rujukan
- ↑ New Sunday times, m.s. 33, 12 June 2011