Aeria Games and Entertainment

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aeria Games and Entertainment
Jenis Swasta
Industri Industri komputer dan permainan video
Ditubuhkan 2006
Ibu pejabat Santa Clara, California, Amerika Syarikat
Perancang utama Lan Hoang
Produk Last Chaos, Twelve Sky, Twelve Sky 2 Project Torque, Shaiya, Dream of Mirror Online, Megaten, Cronous, Dreamlords, Stone Age 2, Pi Story, Turf Battles, La Tale, Goldslam, Richman Online, Luminary, WolfTeam, Poker Heroes, Fragoria, Kingdom Heroes, Pirate Galaxy, Dynasty Warriors Online
Laman web Aeria Games & Entertainment

Aeria Games, beribu pejabat di Santa Clara, California, merupakan sebuah penerbit permainan video dalam talian. Aeria Games & Entertainment Inc. (AGE), sebuah anak syarikat kepada Aeria Inc. (www.aeria.jp) di Jepun, sedang mengembangkan sebuah portal permainan video Internet untuk MMORPG di Amerika. Portal ini akan bertumpu pada permainan video berperanan berganda dalam talian, melesenkan judul-judul permainan video daripada pembangun (selalunya daripada Asia) untuk golongan peminat di Amerika Utara. Aeria Games telah mengumumkan bahawa anak syarikat Eropahnya, Aeria Games GmbH, adalah terletak di Berlin, Jerman.[1] Terkini anak syarikatnya telah memasuki pasaran Eropah dengan keluaran versi Jerman dan Perancis judul Shaiya, Shin Megami Tensei, Grand Fantasia dan juga sebagai tambahan kepada server Last Chaos Eropah dalam bulan Januari 2009.[2] Judul-judul permainannya adalah percuma untuk main namun menggunakan sistem pembayaran mikro untuk mendatangkan keuntungan (pusat barangan dalam permainan serta pengiklanan).

Aeria telah menerbitkan dua puluh judul permainan video: Last Chaos (judul pertama), Twelve Sky, Project Torque, Shaiya, Dream of Mirror Online, Megaten, Cronous, Dreamlords, Stone Age 2, Pi Story, Turf Battles , Goldslam , LaTale, WolfTeam, Luminary, Twelve Sky 2, Hello Kitty Online, DragonSky, Richman Online, Grand Fantasia, Kingdom Heroes, dan Dynasty Warriors Online. Server-server dalam talian judul Goldslam, Dreamlords, Pi Story, Stone Age 2, Luminary, DragonSky dan Richman telah ditutup diatas kekurangan minat, dan laman-laman web yang berkaitan termasuklah forum perbincangan telahpun dihapuskan. Setakat Mei 2010, komunitinya memiliki lebih 13 juta pengguna.[3]

Judul-judul yang ditawarkan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Aeria Games - Tapak rasmi edisi bahasa Inggeris, termasuklah pautan kepada judul-judul yang ditawarkan.