Agensi Antidadah Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Agensi AntiDadah Kebangsaan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Agensi Antidadah Kebangsaan
Agensi Antidadah Kebangsaan
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 17 Februari 1996
Di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri
Ibu pejabat Kajang, Selangor Darul Ehsan
Eksekutif agensi Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pengarah
 
Tuan Hj. Izhar Bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (OPERASI)
 
Azizan Bin Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (PENGURUSAN)
Tapak web
http://www.adk.gov.my/

Agensi Antidadah Kebangsaan atau nama singkatanya iaitu AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Antidadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara. [1]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Bidang Tugas[sunting | sunting sumber]

Bidang tugas Agensi Antidadah Kebangsaan adalah seperti berikut :-

    • Melaksanakan program pencegahan
    • Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
    • Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
    • Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah AADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah AADK manakala Ketua Pegawai AADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah AADK Negeri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.