Saifuddin Nasution Ismail
| Yang Berhormat Dato' Saifuddin Nasution Ismail |
|
|
|
|
| Didahului oleh | Datuk Sazmi Miah (BN) |
|---|---|
| Majoriti | 1,820 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 7 Disember 1963 |
| Tempat lahir | Singapura |
| Parti politik | |
| Pasangan | Norhayati Musa |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
YB Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mendapatkan pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapatkan Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.
Isi kandungan |
Latarbelakang [sunting]
Saifuddin Nasution berasal dari Kedah. Nama 'Nasution' dan 'Siregar' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda Acheh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke South Africa kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[perlu rujukan]
Kerjaya politik [sunting]
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan PM Malaysia Dr Mahathir sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.
Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[1]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda Umno tiada telur".[1]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.
Keputusan Pilihanraya [sunting]
| Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 21,041 | 51% | Sazmi Miah (UMNO) | 19,581 | 47% |
| Tahun | Pakatan Rakyat | Undi | % | Barisan Nasional | Undi | % | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | Saifuddin Nasution Ismail (PKR) | 15,953 | 37% | Lim Bee Kau | 26,269 | 61% |
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Persidangan Asia Pasifik Timor Timur II. Retrieved 2011-08-03.