Air Terjun Victoria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Air Terjun Victoria
Victoriafälle.jpg
Air terjun utama di Air Terjun Victoria
Tinggi 108 m
Jumlah terjunan 1
Purata aliran 1088 m³/s (38,430 cu ft/s)

Air Terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling mengagumkan di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada ketika ini membentuk sempadan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki kelebaran kira-kira 1.6 kilometers ([convert: unknown unit]), dengan ketinggian 108 meters ([convert: unknown unit]).

David Livingstone, penjelajah Scotland, mengunjungi sungai ini pada tahun 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama tempatannya adalah Mosi-oa-Tunya, ("asap menggelegak").[1] Air terjun ini merupakan sebahagian daripada dua taman negara, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe. Air Terjun Victoria juga sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek pelancongan utama di Selatan Afrika.

Saiz[sunting | sunting sumber]

Walaupun Air Terjun Victoria bukanlah air terjun yang tertinggi ataupun terlebar di dalam dunia, ia diklasifikan sebagai yang terbesar, berlandaskan kelebaran 1,708 meters ([convert: unknown unit])[2] dan tinggian 108 meters ([convert: unknown unit]),[1] yang menghasilkan kejatuhan kumpulan air yang paling besar. Air Terjun Victoria lebih kurang dua kali ganda lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara di Amerika Utara dan lebih dua kali ganda lebar daripada Air Terjun Horseshoe di Niagara. Dari segi tinggi dan lebar, Air Terjun Victoria hanya dapat ditandingi oleh Air Terjun Iguazu di Argentina dan Brazil.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Victoria Falls". World Digital Library. 1890-1925. Diperoleh pada 2013-06-01. 
  2. Southern Africa Places (2009). Victoria Falls. Retrieved on 2009-05-18 from Victoria Falls - South Africa Places
  3. World Waterfalls Website accessed 1 March 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]