Akbar Hashemi Rafsanjani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akbar Hashemi Rafsanjani
اکبر هاشمی رفسنجانی

Tempoh berjawat
3 Ogos 1989 – 2 Ogos 1997
Naib Presiden Hassan Habibi
Ketua Ali Khamenei
Didahului oleh Ali Khamenei
Digantikan oleh Mohammad Khatami

Tarikh lahir 15 Februari 1934 (80 tahun)
Tempat lahir Nough, Iran
Parti politik Persatuan Ulama Militan
Agama Syiah Islam

Ayatollah[1] Akbar Hashemi Rafsanjani (bahasa Parsi: اکبر هاشمی رفسنجانی Akbar Hāshemī Rafanjānī), Hashemi Bahramani (هاشمی بهرمانی) (lahir di Nough, Iran, 25 Ogos 1934; umur 80 tahun) ialah seorang ahli politik yang paling berpengaruh di Iran.

Beliau menjawat sebagai Presiden Iran (1989 - 1997) dan kalah dalam pusingan kedua kepada Walikota Teheran Mahmoud Ahmadinejad pada pemilihan presiden Iran 2005 untuk memegang jawatan buat kali ketiga.

Majalah Forbes pernah meletakkan Rafsanjani ke dalam senarai orang terkaya di dunia dan pernah menulis bahawa beliau mempunyai kekuatan dan pengaruh yang kuat disebalik dirinya sebagai pemerintah Iran. Beliau "ialah orang yang memimpin Republik Islam ini selama 24 tahun terakhir/" [2]

Pada asalnya, beliau merupakan seorang imam, Rafsanjani menjadi ketua Parlimen (Majlis) yang baru, setelah Iran menjadi Republik Islam dan menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 1989.

Hasil dari pernikahannya pada tahun 1958, Rafsanjani memperoleh tiga orang putera (anak lelaki): Mohsen, Mehdi, dan Yasser (yang dinamakan menurut Yasser Arafat [1]), dan dua orang puteri (anak perempuan) iaitu Fatemeh dan Faezeh. Hanya Faezeh Hashemi yang mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang politik, Faezah juga turut menjadi anggota Majlis dan penerbit surat khabar Zan (wanita).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
1979-1980
Ketua Majlis
1980-1989
Diikuti oleh:
Mehdi Karroubi
Didahului oleh
Ali Khamenei
Presiden Iran
1989—1997
Diikuti oleh:
Mohammad Khatami