Akrotiri dan Dhekelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 34°35′U 32°59′T / 34.583°U 32.983°T / 34.583; 32.983

Akrotiri dan Dhekelia

Akrotiri dan Dhekelia merupakan dua kawasan di pulau Cyprus yang ditabdir oleh United Kingdom. Ia digunakan sebagai Pangkalan Tentera Berdaulat (Sovereign Base Areas). Kedua-dua kawasan ini didiami oleh 7,000 warganegara Cyprus dan 7,500 kakitangan tentera British dan keluarga mereka.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dhekelia
Akrotiri

Akrotiri dan Dhekelia ditubuhakan pada 1960 bersamaan dengan kemerdekaan Cyprus daripada British malalui Perjanjian Penubuhan (Treaty of Establishment). British mengambil keputusan mengekalkan pentadbiran di kawasan itu disebabkan lokasi yang strategik, iaitu terletak di timur Laut Mediterranean dan berhampiran dengan Terusan Suez dan Timur Tengah.

Apabila tentera Turki melakukan pencerobohan terhadap Cyprus pada 1974 lalu menubuhkan Republik Turki Cyprus Utara, Akrotiri dan Dhekelia tidak terbabit dalam pertempuran. Tentera Turki tidak menghampiri sempadan Pangkalan Tentera agar tidak mencetuskan perang dengan United Kingdom.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Akrotiri dan Dhekelia diketuai oleh seorang Pentadbir yang dilantik oleh Ratu United Kingdom atas nasihat Menteri Pertahanan. Pemegang jawatan Pentadbir terkini ialah Komander Angkatan Tentera British di Cyprus, Naib Marsyal Udara R Lacey.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]