Terusan Suez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Terusan Suez, dilihat daripada orbit Bumi.

Terusan Suez (bahasa Arab: قناة السويس) (Qanā al-Suways), merupakan terusan buatan manusia yang terbesar didunia antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), berfungsi diantara Pelabuhan Said(Port Said) di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.

Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala , dan menjadi kepentingan diantara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut secara kenderaan darat diantara 2 laut tersebut.

Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]