Aksara Dunging

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aksara Dunging
Aksara Iban, urup Iban, urup Iban Dunging, urup Dunging
Jenis
BahasaBahasa Iban
PenciptaDunging Anak Gunggu
Tarikh cipta1947, 1962 (langsemak)
Tempoh masa
1947-kini

Aksara Dunging atau aksara Iban ialah aksara sukukataan yang dicipta untuk menulis bahasa Iban di Sarawak, Malaysia. Aksara ini diciptakan pada tahun 1947 oleh Dunging anak Gunggu (1904-1985), yang telah menyemak semula aksara asalnya yang mempunyai 77 huruf sukukataan menjadi 59 huruf terkini pada tahun 1962.[1] Aksara Dunging masih belum diguna pakai secara meluas tetapi Dr. Bromeley Philip dari Universiti Teknologi MARA ada berusaha untuk memperkenalkan aksara tersebut.[2][3]

Pada tahun 2010, Dr Bromeley Philip telah memperluas karya Dunging dengan membangunkan pasuan papan kekunci komputer untuk aksara Dunging dengan nama LaserIban. Tujuannya adalah untuk membantu melestarikan aksara Dunging dalam bentuk digital dalam dunia moden. LaserIban tersedia untuk komputer Windows dan Macintosh dan serasi rentaswadah.[4] Namun begitu, LaserIban ialah rupa huruf legasi yang dikod pada blok Rumi dalam Unikod, lantas mengehadkan julat penggunaannya dalam komputer.[5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dunging's Legacy: The Iban Alphabet". Dayakwithgoldenhair.wordpress.com (dalam bahasa Inggeris). 3 Oktober 2011. Dicapai pada 29 Januari 2018.
  2. ^ "Pemintar Dunging Kedua Bali Nama Seragunting". suarasarawak.my (dalam bahasa Iban). 31 Oktober 2020. Dicapai pada 13 July 2021.
  3. ^ David, Jacqueline (11 Julai 2021). "Dunging Script into the millennium". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Oktober 2022.
  4. ^ "Reviving the Iban alphabet". Phys.org (dalam bahasa Inggeris). 18 Mei 2015. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  5. ^ "Dunging Script is Not Encoded in Unicode as of Date". scriptsource.org (dalam bahasa Inggeris). 22 Mac 2017. Dicapai pada 13 Julai 2021.
  6. ^ "LaserIban Uses the Latin Block in Unicode". linguistsoftware.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2021.