Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012. [1]

Tangkapan di bawah akta ini[sunting | sunting sumber]

Tiga orang, termasuk bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim, merupakan tahanan pertama di bawah SOSMA pada tahun 2013. Mereka ditahan atas dakwaan mencetuskan keganasan. [2] Susulan krisis pencerobohan Lahad Datu 2013, 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III, salah seorang yang menuntut takhta Kesultanan Sulu, ditahan di bawah SOSMA. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)" Dicapai 11 Februari 2013
  2. New Straits Times. "Detention of trio under Security Offences Act has global impact" Dicapai 11 Februari 2013"
  3. Radzi Razak. "Kiram's family members among 104 detained under SOSMA (Bahasa Melayu)", The Sun Daily, 17 Mac 2013. Dicapai pada 19 Mac 2013.