Akta Sarbanes-Oxley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebelum upacara menandatangani Akta Sarbanes-Oxley, Presiden George W. Bush bertemu dengan Senator Paul Sarbanes, Setiausaha Buruh Elaine Chao dan tetamu kehormat lain di Bilik Biru di Rumah Putih pada 30 Julai 2002.

Akta Sarbanes-Oxley 2002 Stature Amerika Syarikat, juga dikenali sebagai Akta Penilaian semula Perakaunan Syarikat Awam dan Perlindungan Pelabur 2002 - Public Company Accounting Reform and Investor Protection Act of 2002 dan biasanya dikenali sebagai Sarbanes-Oxley, Sarbox atau SOX, merupakan undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat yang berkuat-kuasa pada 30 Julai 2002 sebagi tindak balas kepada beberapa skandal korporat dan perakaunan utama termasuk yang menjejaskan Enron, Tyco International, Adelphia Communications Corporation, Peregrine Systems dan WorldCom. Skandal sebegini yang menjejaskan pelabor berbilion dolar apabila harga saham syarikat terbabit runtuh, menggegarkan keyakinan umum mengenai pasaran sekuriti (pasaran modal). Dinamakan sempena pencadang, Senator Paul Sarbanes (D-MD) dan wakil rakyat Michael G. Oxley (R-OH), akta ini diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menurut undi 334-90 dan oleh Senat Amerika Syarikat 99-0. Presiden George W. Bush menandatanganinya menjadi undang-undang, menyatakan ia termasuk "Pembentukan semula amalan perniagaan Amerika paling meluas semenjak masa Franklin D. Roosevelt - the most far-reaching reforms of American business practices since the time of Franklin D. Roosevelt."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]