Senat Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cap Mohor Senat Amerika Syarikat

Senat Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada dua dewan perundangan Kongres Amerika Syarikat, satu lagi menjadi Dewan Perwakilan. Di dalam Senat, setiap negeri secara saksama diwakili oleh dua ahli; hasilnya, jkumlah keahlian badan berkenaan hingga kini adalah 100. Para Senator berkhidmat tempoh selama enam tahun diatur supaya pilihanraya-pilihanraya diadakan bagi kira-kira sepertiga kerusi daripada kerusi-kerusi dewan (satu "kumpulan") setiap tahun kedua. Timbalan Presiden Amerika Syarikat merupakan Presiden Senat dan berkhidmat sebagai pegawai yang mengetuai, tetapi ia bukan seorang senator dan todak boleh mengundi kecuali pemecah undi. Timbalan Presiden jarang bertindak sebagai Presiden Senat kecuali membuang undi pemecah atau semasa majlis upacara atau istiadat, maka tanggungjawab mempengerusikan biasanya jatuh kepada Presiden Pro Tempore, secara adat merupakan senator yang paling senior daripada parti majoriti. Paling biasa, Presiden Pro Tempore akan merangka satu ahli daripada parti beliau untuk berkhidmat sebagai pegawai pengerusi pada hari tersebut.