Parti Demokrat (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Demokrat
Logo "Keldai" Parti Demokrat
Pengerusi Parti Howard Dean
Ketua Senat Harry Reid
Ketua Dewan Nancy Pelosi
Diasaskan 1820s (moden)
1792 (lama)
Ibu pejabat 430 South Capitol Street SE
Washington, D.C.
20003
Ideologi politik Liberalisme
Progresif
Kiri tengah
Afiliasi antarabangsa Perikatan Demokrat Amerika dan Eropah1
Warna Biru2
Laman www.democrats.org
1 Institut Demokratik Kebangsaan merupakan sebuah organisasi that dikenalipasti bersama-sama dengan party berkenaan.
2 Biru telah digunakan oleh kebanyakan media dan pengulas-pengulas semenjak 2000; ia menjadi rasmi semenjak 2006; sila lihat red state vs. blue state divide.

Parti Demokrat merupakan salah seorang daripada dua parti politik kontemporari di dalam Amerika Syarikat; satu lagi adalah Parti Republikan. Masakini, semasa Kongres ke-109, Parti Demokrat merupakan parti minoriti di dalam Senat Amerika Syarikat dan Dewan Perwakilan. Demokrat menguasai 22 governor dan 19 state legislature. Sepuluh state legislatures telah dibahagikan antara dua parti. Di dalam pilihanraya pertengahan penggal 2006, Parti Demokrat mendapat kenaikan penguasaan majoriti dalam kedua-dua House of Representatives dan Senat Amerika Syarikat , dan akan menyambung tugas sebagai parti majoriti apabila Kongres ke-110 bersidang dalam tahun 2007;[1] Parti Demokrat akan mempunyai 28 gabenor negeri serta menguasai kebanyakan badan perundangan negeri-negeri di Amerika Syarikat.[2]

Pilihan Raya Presiden 2004[sunting | sunting sumber]

Kempen bermula pada seawal Disember 2002, apabila Al Gore mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding sekali lagi dalam Pilihan Raya Presiden 2004 . Howard Dean, bekas Gabenor Vermont, seorang yang anti-perang dan membantah sokongan segelintir wakil Demokrat yang menyokong perang, adalah calon pertama yang memasuki gelanggang Pemilihan Demokratik.Dean telah menyatakan bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada akar umbi, terutama daripada sayap kiri Parti Demokratik. Senator Massachusetts John Kerry, seorang calon yang lebih di peringkat Persekutuan dan mendapat sokongan kuat daripada Majlis Kepimpinan Demokratik,telah dicalonkan kerana dilihat lebih "layak dipilih" berbanding Dean.[3]

Oleh kerana terdapat pembuangan pekerja dalam pelbagai industri disebabkan oleh proses "outsourcing", segelintir ahli Demokrat (termasuk Dean dan calon jawatan senator North Carolina Erskine Bowles) mula menukar pendirian mereka dalam isu perdagangan bebas dan ada pihak yang mempersoalkan sokongan mereka sebelum in terhadap perdagangan bebas. Menjelang tahun 2004, kegagalan pentadbriran George W. Bush untuk mengesan senjata pemusnah besar-besaran di Iraq, ratusan kematian dan kecederaan tentera A.S. di negara itu, dan ketiadaan apa-apa titik akhir untuk Perang Menentang Keganasan adalah isu yang selalu diperdebatkan dalam pilihan raya kali ketika itu. Pada tahun itu, ahli Demokrat umumnya berkempen pada tuntutan pengurangan kadar pengangguran, penyelesaian krisis di Iraq dan penentangan terhadap keganasan yang lebih efisien.

Senator John Kerry dari Massachusetts adalah calon Parti Demokratik 2004 untuk jawatan presiden.

Apabila keputusan Pilihan Raya Presiden A.S. dikeluarkan, Kerry tewas dalam kiraan undi popular kerana kekurangan sebanyak 3,012,499 undi kepada Bush yang mendapat sebanyak 62,040,610 dan kekurangan undi Badan Pemilih sebanyak 19 undi. Ahli-ahli Republikan turut menperoleh empat kerusi dalam Senat dan tiga kerusi dalam Dewan Perwakilan. Selain itu, buat pertama kali sejak tahun 1952, pemimpin Demokratik di dalam Senat tewas dalam pemilihan semula.Selepas semua undi dikira, terdapat seramai 3,660 orang penggubal undang-undang negeri dari Demokratik seluruh negara berbanding hanya seramai 3,557 orang dari Republikan. Calon Demokratik berjaya memperoleh jawatan Gabenor di Louisiana, New Hampshire and Montana. Walaubagaimanpun, mereka gagal mepertahankan jawatan Gabenor Missouri dan majoriti di Dewan Perwakilan Negeri Georgia—merupakan dewan perwakilan yang menjadi kubu kuat Demokratik selama ini.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan ini. Selepas pilihan raya itu, kebanyakan penganalisis menyimpulkan bahawa Kerry merupakan seorang calon yang tidak hebat sebagai perayu undi.[4][5] Sekumpulan veteran Perang Vietnam yang mengelarkan diri mereka sebagai the Swift Boat Veterans for Truth membantah cara Kerry berkempen kerana menggunakan rekod perkhidmatannya sebagai anggota tentera ketika Perang Vietnam untuk meraih undi. Kerry tidak mampu menegaskan sama ada beliau menyokong Perang Di Iraq atau membantah perang itu ketika Pilihan Raya Presiden 2004, .[4] Republikan melancarkan ribuan iklan televisyen yang menyatakan bahawa Kerry mempunyai dasar yang tidak menentu dalam isu Perang Iraq. Apabila Massachusetts negeri yang diwakili Kerry membenarkan perkahwinan sejenis, ia menyebabkan berlaku perpecahan pendapat di kalangan mereka yang berfahaman liberal dan konservatif dalam Demokratik dan parti bebas yang lain (Kerry sepanjang kempennya menyatakan bangkangan beliau kepada perkahwinan sejenis tetapi membenarkan perhimpunan sivil). Ahli Republikan telah mengeksplotasikan isu perkahwinan sejenis ini dengan mengadakan pungutan pendapat di 11 negeri yang konservatif yang membawa kepada jumlah yang keluar mengundi di negeri ini tinggi; kesemua negeri ini memberi kemenangan kepada Republikan.[6] Pelanggaran peraturan dalam sistem pengiraan undi turut menyumbang kepada kekalahan Kerry (lihat 2004 U.S. presidential election controversy and irregularities). Senator Barbara Boxer daripada California dan beberapa Ahli Dewan Perwakilan A.S. daripada Demokratik (termasuklah John Conyers daripada Michigan) telah membangkitkan isu pelanggaran peraturan pengiraan undi di Ohio apabila Kongres ke-109 mula bersidang, tetapi usul mereka ditolak dengan 31 undi menyokong kepada 267 undi menolak di Dewan Perwakilan manakala di Senat ditolak dengan 74 undi menentang dan hanya 1 undi menyokong. Faktor lain yang menyebabkan kekalahan pada Pilihan Raya 2004 termasuklah pasaran kerja yang sihat, kenaikan pasaran saham, urus niaga perumahan yang aktif dan kadar pengangguran yang rendah.

Pemilihan Calon Presiden 2008[sunting | sunting sumber]

Senator Hillary Clinton telah mendahului calon lain dalam percalonan jawatan Presiden Amerika Syarikat bagi menjadi calon Parti Demokratik , walaupun beliau belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi tentang percalonan itu.Sementara itu , Senator Delaware Joe Biden, Senator Connecticut Christopher Dodd, bekas Senator Alaska Mike Gravel, dan Gabenor Iowa Tom Vilsack telah mengumumkan keinginin masing-masing untuk mencuba dalam pemilihan bagi calon Parti Demokratik. Calon lain yang berpotensi untuk dicalonkan ialah bekas-bekas calon kebangsaan Demokratik untuk jawatan presiden A.S. John Kerry, John Edwards, dan Al Gore, termasuk juga Jeneral Bersara Wesley Clark, Senator Indiana Evan Bayh, Senator Illinois Barack Obama (yang mampu menjadi calon presiden Afrika Amerika pertama dari sebuah parti politik utama), dan Gabenor New Mexico Bill Richardson (yang mampu menjadi calon presiden Hispanik yang pertama atas tiket parti politik utama). Berdasarkan urutan pilihan-pilihan raya yang lalu, penganalisis berpendapat bahawa mereka yang serius hanya akan mengumumkan keinginan untuk menjadi calon presiden menjelang akhir tahun 2006 bagi memberi jaminan sumbangan dana kempen dan untuk mendapatkan ketampakan sokongan yang tinggi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Notes[sunting | sunting sumber]

  1. Broder, John M., Hauser, Christine. "Allen concedes race in Virginia", The New York Times, 2006-11-09. Dicapai pada 2006-11-09. Diarkibkan drpd. yang asli di 2006-11-11.  Although 49 Senators were elected as nominees of the Parti Demokrat and 49 Senators were elected as nominees of the Parti Republican, it is presumed that Joe Lieberman (CT) and Bernie Sanders (VT) will caucus with Democrats in the Senate, giving them a slim majority of seats.
  2. "Democrats Make Major Gains in Nation's State Legislatures". National Conference of State Legislatures. 2006-11-08. http://www.ncsl.org/programs/press/2006/pr061108.htm. Capaian 2006-11-09. 
  3. Mahajan, Rahul (2004-01-28). "Kerry vs. Dean; New Hampshire vs. Iraq". CommonDreams.org. http://www.commondreams.org/views04/0128-13.htm. Capaian 2006-10-12. 
  4. 4.0 4.1 Thomas, Evan, Clift, Eleanor, and Staff of Newsweek (2005).Election 2004: How Bush Won and What You Can Expect in the Future. PublicAffairs. ISBN 1-58648-293-9.
  5. Kelly, Jack. "Kerry's Fall From Grace", Pittsburgh Post-Gazette, 2004-09-05. Dicapai pada 2006-10-10.  See also: Last, Jonathan V.. "Saving John Kerry", The Weekly Standard, 2004-11-12. Dicapai pada 2006-10-10. 
  6. Wenner, Jann S.. "Why Bush Won", Rolling Stone, 2004-11-17. Dicapai pada 2006-10-10. 


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rasmi[sunting | sunting sumber]

Tidak rasmi[sunting | sunting sumber]