Akupunktur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rajah akupunktur dari zaman Dinasti Ming

Akupunktur ialah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Zaman purba [sunting]

Tarikh tepat akupuntur mula digunakan di China dan bagaimana ia berkembang tidak diketahui dengan jelas. Satu teori menyatakan bahawa sebahagian askar yang cedera dalam pertempuran akibat terkena anak panah dipercayai telah sembuh dari penderitaan penyakit kronik yang pada dahulunya tidak dirawat,[1] dan terdapat pelbagai versi mengenai pandangan ini.[2] Batu yang ditajamakan dan dikenali sebagai Bian shi telah ditemui di China yang mencadangkan amalan tersebut mungkin bertarikh zaman Neolitik[3] atau lebih awal lagi pada Zaman Batu.[4] Hieroglif dan piktograf yang telah dijumpai bertarikh dari zaman Dinasti Shang (1600~1100SM) menyarankan bahawa akupuntur telah diamalkan beserta moksibusti.[5] Turut dinyatakan bahawa akupuntur berasal dari pembekaman[6] atau perdukunan.[7]

Satu set empat jarum emas telah dijumpai dari makam Putera Jing dari Zhongshan, bertarikh sejak Dinasti Han Barat (206 B.C.E.–9 C.E.). Tiga jenis jarum berlainan digambarkan, setiap satu memiliki fungsinya yang khusus. Satu ukiran dari makam Han Timur di wilayah Shandong menunjukkan makhluk dengan kepala manusia dan tangan dan badan burung melakukan akupuntur pada pesakit yang berlutut. [8]

Kajian keberkesanan [sunting]

Pada 2003, rawatan akupunktur sepertimana yang diluluskan oleh WHO bagus untuk merawat:[9]

Sebarang kesakitan urat saraf, migrain, strok, Palsi Bell, lumpuh, kanser, kesan kemalangan, sakit pinggang atau lumbago, cakera teranjak, sakit lutut dikalangan orang tua, gastrik, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan dll.

Akupunktur juga elok untuk kecerdasan minda, kecantikan dll

Akupunktur di Malaysia [sunting]

Perubatan akupunktur di Malaysia masih baru dan sedang dalam peringkat pengenalan. Akupunktur diamalkan oleh orang Cina Malaysia dan sekarang baru diamalkan oleh lapisan masyarakat lain termasuk Melayu, India dan lain-lain.

Nota kaki [sunting]

  1. Tiran, D; Mack S (2000). Complementary therapies for pregnancy and childbirth. Elsevier Health Sciences. m/s. 79. ISBN 0-7020-2328-0. 
  2. e.g. White, A; Ernst E (1999). Acupuncture: a scientific appraisal. Elsevier Health Sciences. m/s. 1. ISBN 0-7506-4163-0. 
  3. Chiu, M (1993). Chinese acupuncture and moxibustion. Elsevier Health Sciences. m/s. 2. ISBN 0-443-04223-3. http://books.google.ca/books?id=V5PAB4d5qmgC&pg=PA2. 
  4. Ma, K.-W. (1992). "The roots and development of Chinese acupuncture: from prehistory to early 20th century". Acupuncture in Medicine 10: 92–9. doi:10.1136/aim.10.Suppl.92. http://aim.bmj.com/content/10/supplement/92.full.pdf. 
  5. Robson, T (2004). An Introduction to Complementary Medicine. Allen & Unwin. m/s. 90. ISBN 1-74114-054-4. 
  6. Templat:Cite pmid
  7. Prioreschi, P (2004). A history of Medicine, Volume 2. Horatius Press. m/s. 147–8. ISBN 1-888456-01-9. 
  8. [Encyclopedia of ancient Asian civilizations / Charles F. W. Higham., ISBN 0-8160-4640-9, (Kulit keras)]
  9. Zhang, X (2003). "Acupuncture: Review and Analysis of Reports on Controlled Clinical Trials". World Health Organization. http://www.who.int/medicinedocs/en/d/Js4926e/#Js4926e.5. 

Rujukan [sunting]

Bacaan lanjut [sunting]

Pautan luar [sunting]