Al-Hijab
| Al-Hijab | |
|---|---|
Poster Al-Hijab |
|
| Pengarah | Pierre Andre |
| Penerbit | Hisham A. Karim (Penerbit Bersama) |
| Pengarang | Pierre Andre |
| Lakonan | Pierre Andre Fathia Maimon Mutalib Nor Albaniah |
| Penyuntingan | Ahmad Mustadha Bin Samingon |
| Mula ditayang | 6 Oktober 2011 |
| Tempoh ditayang | 90 minit |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Perbelanjaan | RM 1.62 juta |
| Pulangan kasar | RM 2.24 juta |
Al-Hijab merupakan sebuah filem seram lakonan Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib dan Nor Albaniah. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011 di Malaysia.
Isi kandungan |
Plot [sunting]
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Pelakon [sunting]
- Pierre Andre - Rafael
- Fathia - Qiss
- Maimon Mutalib - Mak Itam
- Nor Albaniah - Datin
Pembikinan [sunting]
Pengambaran filem ini dilakukan disekitar daerah Kluang,Johor.
Maklum Balas [sunting]
Keseluruhan [sunting]
Keseluruhan filem ini dipuji oleh pengkritik yang merasakan kesraman semasa menonton filem ini. Ternyata Pierre Andre belum hilang taringnya dalam mengarah filem-filem seram. Walaupun beliau berkarya bersama syarikat baru, beliau berjaya membuat penonton merasa setiap babak yang seram yang diterjemahkan dilayar perak. Lakonan pelakon veteran, Maimon Mutalib sebagai pawang berjaya menaikan mood seram dengan lontaran nada percakapan yang dilihat berya memberi imej sram watak yang dibawanya. Lakonan Pierre Andre dalam filem ini masih sama dengan lakonanya dalam filem-filem seram yang dilakonnya cuma ada sedikit perubahan. Lakonan Nur Fathia kelhatan sedikit kaku semasa melakonkan babak ketika dirasuk. Apa-apa pun, filem ini menjadi filem seram terbaik bagi Pierre Andre selepas filem Seru[1].
Pencalonan & Anugerah [sunting]
Filem ini mendapat 2 pencalonan pada FFM 24 iaitu:
- Skor Muzik Asal Terbaik - Norzaidi bin Abdul Rahman
- Poster Terbaik
Rujukan [sunting]
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Al-Hijab di Sinema Malaysia
- Kutipan Filem 2011 di FINAS