Highland Tower (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Highland Tower
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 31 Oktober 2013 (2013-10-31) (Malaysia)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM3.3 juta

Highland Tower merupakan sebuah filem dokumentari seram Malaysia 2013 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures.[1] Ia dibintangi oleh Mikail Andre, Niezam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaime, Adibah Yunus dan ditayangkan pada 31 Oktober 2013. Ia merupakan kejayaan komersial dan telah dipasarkan sebagai filem "mokumentari" (dokumentari olok-olok) pertama Malaysia.[2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Highland Tower mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini menampilkan konsep penemuan rakaman yang dirakam dan disusun menjadikan satu naskah seram bagi mereka yang selama ini tidak mempercayai kewujudan makhluk halus ini. Penggambaran mengambil masa 7 hari untuk disiapkan.[5]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Highland Tower dikeluarkan pada 31 Oktober 2013, iaitu dua bulan sebelum ulang tahun tragedi Highland Towers ke-20 pada 11 Disember 2013. Filem ini merupakan kejayaan komersial, meraih kutipan sebanyak RM3.3 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Highland Tower bukan klise Diarkibkan 2018-07-20 di Wayback Machine Kosmo! (31 Oktober 2013). Dicapai pada 20 Julai 2014.
  2. ^ Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  3. ^ Syazwan Zakariah (7 November 2013). "'Amatur' yang tidak meyakinkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-22. Dicapai pada 17 November 2013.
  4. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 17 November 2013.
  5. ^ "Highland Tower – Pengalaman Sebenar Pelakon Dikongsikan Dalam Filem Seram". Bro Framestone. 5 November 2013. Dicapai pada 17 November 2013.
  6. ^ "Highland Tower kutip RM3.3 juta selepas 12 hari tayangan". Media Hiburan. 14 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-12. Dicapai pada 17 November 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]