Al Wafeer Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah pesawat B747-400 Al Wafeer Air
Logo Al-Wafeer Air Al-Wafeer Al Thoyaran

Al-Wafeer Air adalah sebuah syarikat penerbangan utama dalam mengendalikan penerbangan haji dan umrah secara sewa. Operasi penerbangannya berpusat di Jeddah, Arab Saudi. Buat masa ini penerbangan hanya membabitkan penerbangan dari Jeddah (Makkah) dan Madinah dua kota suci di Arab Saudi yang sentiasa dikunjungi oleh jemaah Haji dan Umrah.

Al-Wafeer Air juga beroperasi atas permintaan di negara-negara di Eropah, Afrika dan Asia dan akan menambah laluan operasi penerbangannya di masa depan. Tujuan utama syarikat ini adalah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang memenuhi mutu piawaian untuk tetamu Allah.

Ketika ini Al-Wafeer Air menggunakan pesawat Boeing 747-400 yang disewa terutamanya daripada Malaysia Airlines. Sebahagian kecil juruterbang B747-400 Penerbangan Malaysia dipinjam untuk berkhidmat di Jeddah. Pada masa ini juga juruterbang Al-Wafeer yang tidak mempunyai lesen B747-400 dilatih oleh Penerbangan Malaysia di penyelaku B747-400 bertempat di Komplek A MAS Subang, Selangor.