Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia Airlines System (MAS)
Sistem Penerbangan Malaysia
IATA
MH
ICAO
MAS
Callsign
MALAYSIAN
Ditubuhkan 1947 (sebagai Malayan Airways)
Hab
Hab kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Program frequent flyer Enrich by Malaysia Airlines
Grads
Lobi lapangan terbang Golden Lounge
Perikatan Oneworld
Subsidiari
Pesawat 107
Destinasi 61
Slogan syarikat Journeys Are Made by the People You Travel With
Syarikat induk Penerbangan Malaysia Berhad
Ibu pejabat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Subang Jaya, Malaysia
Tokoh utama Ahmad Jauhari bin Yahya (Pengarah Urusan & CEO)
Laman web www.malaysiaairlines.com

Malaysia Airlines System (Bahasa Melayu: Sistem Penerbangan Malaysia); ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.[1]

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 7 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pacific, Hainan Airlines, Qatar Airways dan Singapore Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pesawat Boeing 777-200ER(9M-MRF) Malaysia Airlines

Pada 12 Oktober 1937, sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini. Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke KUala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.

Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

Maklumat korporat[sunting | sunting sumber]

Pesawat Boeing 747-400 milik Malaysia Airlines

Malaysia Airlines telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia di bawah nama Malaysian Airlines System berhad. Ibu syarikatnya adalah Penerbangan Malaysia Berhad. Syarikat penerbangan ini telah mengalami kerugian selama beberapa tahun akibat kenaikan harga minyak dan pengurusan yang tidak cekap. Kerajaan Malaysia telah merombak operasi syarikat penerbangan ini dan Idris Jala telah dilantik sebagai CEO yang baru pada 1 Disember 2005. Di bawah kepimpinan beliau, Malaysia Airlines telah membentangkan Business Turnaround Plan (BTP) pada Februari 2006 yang telah mendedahkan kekurangan hasil, rangkaian yang tidak berkesan dan tahap produktiviti staff yang rendah. Bangunan ibu pejabat Malaysia Airlines yang pernah dijadikan hiasan pada wang kertas RM20 pada suatu masa dahulu telah dijual. Ibu pejabat korporat Malaysia Airlines kini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.

Saham syarikat penerbangan ini dipegang oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) (64.43%), Employees Provident Fund Board (10.72%), Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (5.69%), State Financial Secretary Sarawak (2.71%) dan Warisan Harta Sabah (2.4%). Syarikat ini mempunyai 19,546 kakitangan pada Mac 2007.

Subsidiari[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airlines mempunyai lebih 20 badan naungan dan badan bersekutu termasuk:

Syarikat Jenis Aktiviti utama Incorporated in Saham Equiti Kumpulan
Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd Subsidiari Kargo Malaysia 100%
MASWings Sdn. Bhd. Subsidiari Airline Malaysia 100%
Firefly Sdn. Bhd. Subsidiari Airline Malaysia 100%
MAS Aerotechnologies Sdn Bhd Subsidiari MRO Malaysia 100%
MAS Golden Holidays Sdn Bhd Subsidiari Tour operator Malaysia 100%
Malaysian Aerospace Engineering Sdn Bhd Subsidiary Engineering Malaysia 100%
MAS Academy Sdn Bhd Subsidiary Flight school Malaysia 100%
Abacus Distribution Systems (Malaysia) Sdn Bhd Subsidiari Computer reservation system Malaysia 80%
Taj Madras Air Catering Limited Associate Catering India 20%
MAS Catering (Sarawak) Sdn Bhd Subsidiari Catering Sarawak 60%
LSG Sky Chefs Associate Syarikat pegangan Malaysia 30%

Perikatan[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, Malaysia Airlines bersetuju menjalin perikatan dengan AirAsia melalui pertukaran saham.[3]

Penjenamaan[sunting | sunting sumber]

Imej korporat[sunting | sunting sumber]

Rekaan Sarong Kebaya ini telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif "kelerai" tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong. Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.

Krew Penerbangan Malaysia
Kod Warna untuk pramugari
  • Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
  • Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
  • Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.
Kod Warna untuk pramugara
  • Warna Ottanio gelap untuk Inflight Supervisor, Chief Stewards, Leading Stewards, dan Flight Stewards.
  • Warna Ottanio terang untuk pegawai pengurusan lelaki di lapangan terbang.

Logo korporat[sunting | sunting sumber]

Sejarah syarikat penerbangan ini bermula pada 1937 apabila Malayan Airways Limited didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Operasi penerbangan bermula pada 1947 menggunakan pesawat membawa simbol Harimau Bersayap. Pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah dinamakan Malaysian Airways Limited apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Dalam masa yang sama, Borneo Airways Limited juga diserap masuk ke dalam Malaysia Airways Limited.

Pada 1965, dengan perpisahan politik Singapura daripada Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini. Pada 1967, syarikat penerbangan ini dinamakan semula sebagai Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) lalu menjadi syarikat penerbangan kebangsaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara dengan logo yang baru diperkenalkan. Pada tahun 1971, Malaysia-Singapore Airline Limited telah dipecahkan kepada dua syarikat penerbangan, masing-masing dengan polisi dan objektif yang tersendiri, dan terlahirlah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) pada 3 April, 1971. Nama tersebut dipilih kerana singkatan kepada nama tersebut (MAS) bermaksud emas dalam Bahasa Melayu, yang juga menggambarkan perkhidmatan yang berkualiti.

Logo korporat Malaysia Airlines baru direka oleh Institut Teknologi MARA telah diperkenalkan pada 15 Oktober, 1987, dengan mengekalkan tema wau bulan, tetapi warna baru dan bentuk yang lebih aerodinamik. Selaras dengan logo korporat baru, taip terbaru juga diperkenalkan - MALAYSIA. Tulisan ini ditulis dalam bentuk italic supaya bersesuaian dengan logo untuk melambangkan arah tujuan serta kelajuan. Abjad-abjad MAS dalam taip terbaru ini diletakkan sedikit warna merah yang menandakan nama asal syarikat tersebut, Malaysia Airlines System (MAS) selepas rekaan asalnya tidak diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penggunaan warna biru yang ditambah pada warna asal merah mempunyai nilai kebangsaan. Warna merah dan biru ini dibahagikan pada garisan tengah logo untuk melambangkan kesaksamaan.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Pesawat Boeing 747-400 dengan warna khas

Malaysia Airlines mula dirombak di bawah Business Turnaround Plan (BTP). Pelan ini dibuat berdasarkan hub-and-spoke approach dan juga polisi terbaru kerajaan iaitu Polisi Rasionalisme Penerbangan Domestik. Ini menyebabkan route domestik Malaysia Airlines berkurangan daripada 118 kepada 22 route dan route antarabangsa juga berkurangan daripada 114 kepada 90. Pelan penstrukturan semula untuk penerbangan domestik bermula Ogos 2006 manakala penstrukturan semula penerbangan antarabangsa dijalankan mengikut fasa-fasa. Fasa pertama akan mengembalikan semua laluan penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub utama dan fasa kedua akan menamatkan perkhidmatan pada route yang ternyata tidak menguntungkan.

Pelan tersebut bukan sahaja untuk mengurangkan penerbangan-penerbangan syarikat ini, tetapi juga untuk memperbaiki hubungan dan kekerapan laluar sasaran. Sebelum ini, Malaysia Airlines hanya menjalankan operasi penerbangan sebanyak 2 bank ketibaan dan perlepasan, namun sejak Ogos 2006, syarikat ini mengendalikan 4 bank penerbangan setiap hari. Syarikat juga telah melancarkan jadual penerbangan baru yang efektif sejak Ogos 2006 untuk menjamin hubungan laluan yang lebih baik.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

Pesawat Penerbangan Malaysia
Pesawat Jumlah Tempahan Pilihan Penumpang Enjin Laluan Nota
F C Y Jumlah
Airbus A330-200 3 4 0 42 187 229 2x PW PW4168A Perjalanan pendek-pertengahan antarabangsa Dilengkapi dengan PTV
Disewa
Airbus A330-300 9 15 10 0 45 250 295 2x PW PW4168 Perjalanan pendek-pertengahan antarabangsa Alat Pemain Media Mudah Alih (AVOD) disediakan kepada para penumpang Golden Club Class
Airbus A380-800 6 0 8 66 420 494[4] Rolls Royce Trent 900 Perjalanan panjang antarabangsa Masuk dalam perkhidmatan: 2012[5]
Boeing 737-400 30 0 16 128 144 2x CFM56-3C1 Perjalanan pendek dalam negara Keluar dari perkhidmatan: 2014
1 disewa
Boeing 737-800 28 33 20 0 16
16
150
144
166
160
2x CFM56-7B26
2x CFM56-7BE (pesawat baru)
Perjalanan pendek dalam negara Masuk dalam servis: September 2010
Menggantikan: Boeing 737-400
3 disewa
Boeing 747-400 9 12 41 306 359 4x PW PW4056 Perjalanan pertengahan-panjang antarabangsa Dilengkapi dengan AVOD
Boeing 777-200ER 17 0 35 247 282 2x RR Trent 892 Perjalanan pertengahan-panjang antarabangsa Dilengkapi dengan AVOD
Jumlah 98 56 30

Kargo[sunting | sunting sumber]

Pesawat Kargo Penerbangan Malaysia
Pesawat Jumlah digunakan Tempahan Pilihan Kapasiti Nota
Boeing 747-200F 4 0 0 100,000kg Disewa
Boeing 747-400F 2 0 0 120,000kg
Airbus A300-600RF 1 0 0 42,000 kg Disewa
Jumlah 7

Hab[sunting | sunting sumber]

Bagi operasi antarabangsa, Penerbangan Malaysia beroperasi melalui hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menjadi hab sekunder bagi operasi domestik.

Perkongsian dan Perjanjian Kod Kongsi[sunting | sunting sumber]

Malaysia Airlines — codeshare agreements & interline partnerships
Syarikat penerbangan Destinasi
Air India Hyderabad, Los Angeles, Melbourne, Mumbai
Air Mauritius Mauritius, Melbourne
Alitalia Athens, Barcelona, Frankfurt, Geneva, Madrid, Melbourne, Milan, Penang, Perth, Rome, Sydney
All Nippon Airways Fukuoka, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Narita, Nagoya, Osaka, Penang, Sapporo, Sendai
Asiana Airlines Busan, Incheon, Kota Kinabalu, Penang
Austrian Airlines Vienna
BMI Belfast, Dublin, Edinburgh, Tesside, Lahore, London, Leeds, Glasgow, Manchester,
Cathay Pacific Hong Kong, Penang
China Southern Airlines Beijing, Guangzhou, Shanghai-Pudong
Continental Airlines Special Pro Rate Agreement[6]
Dragon Air Kota Kinabalu, Hong Kong
Egyptair[7] Cairo, Kuala Lumpur
Etihad Airways[8] Abu Dhabi
Garuda Indonesia Darwin, Denpasar, Frankfrut, Jakarta, London, Medan, Paris, Surabaya
Gulf Air Bahrain, Muscat, Kuala Lumpur
KLM Adelaide, Amsterdam, Auckland, Bergen, Brisbane, Brussel, Copenhagen, Gothenburg, Helsinki, Kota Kinabalu, Langkawi, Melbourne, Oslo, Penang, Perth, Stavanger, Sydney, Stockholm
Korean Air Incheon, Penang
Myanmar Airways International Yangon
Philippine Airlines Cebu, Manila
Qatar Airways Doha
Royal Brunei Airlines Brunei
SilkAir Singapore
Singapore Airlines Singapore
South African Airways[9] Johannesburg
Sri Lankan Airlines Colombo, Kuala Lumpur
Swiss International Airlines Zurich
Thai Airways International Bangkok, Phuket
Transaero Airlines Moscow, Kuala Lumpur
Uzbekistan Airways Tashkent
Virgin Blue[10] Balina Byron, Broome, Cairns, Canberra, Coffs Harbour, Darwin, Frasers Coast, Gold Coast, Hamilton Island, Hobart, Mackay, Newcastle, Rockhampton, Sunshine Coast, Townsville

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]