Alawiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faravahar at Behistun.jpg
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting
Mangkuk berukiran dengan kesenian Alawi

Amir Alawiyah (Parsi: سلسله علویان طبرستان, Salsalah Alawian Tabaristan) adalah sebuah Amir Syiah yang bermarkas di Mazandaran atau Tabarsitan di Iran. Amir ini mendakwa adalah keturunan Imam Hasan ibni Ali, cucu Nabi Muhammad[perlu rujukan]. Pemerintah amir berakhir apabila mereka dikalahkan oleh tentera Samaniyah,pada tahun 928 M. Selepas kekalahan mereka, beberapa tentera dan panglima perang Alawiyah menyertai pasukan Samaniyah.

Senarai Amir-Amir Alawi[sunting | sunting sumber]

  • Hassan ibni Zeid "Da'i Kabir" "Mubaligh Agung" (864-883)
  • Mohammad ibni Zeid (883-900)
  • Samani menawan Tabaristan, Alawi melarikan diri ke Gilan (900-913)
  • Hasan ibni Ali “Nasir Kabir” “Pembela Agung” (913-916)

Perpecahan Alawiyah: Anti Samaniyah dan Pro Samaniyah:

Anti Samaniyah:

  • Hassan ibni Qasim “Da’i Saqir” “Mubaligh Muda” (916-928)

Pro Samaniyah:

  • Ahmad ibni Hassan “Nasir Kabir” (916-923)
  • Jafar ibni Hasan “Nasir Kabir” (916-924)
  • Mohammad ibni Ahmad (924-927)
  • Hassan ibni Ahmad (927)


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Definisi Alawi, Bani Alawi dan Ba'alawi[sunting | sunting sumber]

Bani Alawi ialah mereka yang mendakwa dari keturunan ahlul bait yang nasab keturunannya mestilah bermula dari Imam ke 6 syiah (7 anak lelaki Ja'far al-Sadiq iaitu Musa al-Kadhim, Ismail, Abdullah al-Aftah, Ishaq, 'Ali al-Uraidhi, Al-Abbas, dan Muhammad al-Dibaj). Ada juga mengatakan, bani alawi juga dari nasab as-saqqaf, al-haddad, al-attas, al-jufri, al-shatri. Tetapi kebanyakannya Bani Alawi adalah yang mempunyai nasab al-husaini dan tidak ada pendapat mengatakan ia dari keturunan al-hasani. Mereka mendakwa diri mereka ahlu sunnah dari kalangan ahlul bait.

Baalawi atau Hadhrami atau Ba'Alawiyyh ialah satu jalan bertarekat dengan kumpulan ulama bani alawi dan kebanyakan ulama ini dari kelahiran/mendapat didikan pondok di Yaman. Mereka mendakwa jalan mereka adalah ahlu sunnah dari kalangan ulama bani alawi. Di Malaysia terdapat pusat Baalawi Kuala Lumpur. Antara ulama baalawi (dakwaan) termasuklah Habib Ali Al-Jufri, Habib Umar dan lain-lain.

Alawi atau juga dikenali al-ansari atau nusariyyun adalah kelompok Syiah dan mendakwa dari pengikut Imam Hasan Al-Askari. Mereka ini bukan kelompok ulama (orang awam) dan digelar alawi. Antara golongan alawi yang menjadi pemimpin ialah Presiden Syria sekarang (Basyar al-Assad)