Alberto Fujimori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alberto Fujimori
Al Fujimori.jpg

Tempoh jawatan
28 Julai 1990 – 22 November 2000
Naib Presiden Máximo San Román (1990)
Roque Márquez (1995)
Francisco Tudela (2000)
Didahului oleh Alan García
Diganti oleh Valentín Paniagua Corazao

Lahir 28 Julai 1938 (76 tahun)
Lima, Peru
Parti politik Cambio 90 (1990-1999)
Peru 2000 (2000)
Si Cumple (2006)
People's New Party (2007)
Pasangan Susana Higuchi (bercerai)
Satomi Kataoka
Religion Katolik Rom

Alberto Ken'ya Fujimori (nama Jepun: Ken'ya Fujimori (藤森 謙也 Fujimori Ken'ya?)) (lahir di Lima, Peru pada 28 Julai 1938) adalah seorang ahli politik Peru berketurunan Jepun. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru dari 28 Julai 1990 hingga 17 November 2000. Beliau menjadi tokoh kontroversi dan mengamalkan sistem autokratik. Fujimori telah menstabilan ekonomi makro dan menstabilkan keadaan politik Peru dari ancaman komunis dan pengganas. Beliau dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan hak-hak asasi manusia sepanjang menjadi presiden.[1]

Lewat 2000 beliau menghadapi tuduhan skandal rasuah lalu melarikan diri ke Jepun dan meletakkan jawatan sebagai presiden Peru. Perletakan jawatannya dari Jepun melalui faks ditolak oleh Kongres Republik Peru. Kemudian Fujimori ditahan semasa lawatan ke Chile pada November 2005. Dia akhirnya diekstradisi ke Peru untuk menghadapi pertuduhan jenayah pada September 2007.

Pada 11 Disember 2007 dalam perbicaraan yang lain dari tuduhan melanggar hak asasi manusia, Fujimori disabitkan dalam rampasan haram dokumen-dokumen dan pita-pita video dalam milik isteri ketua pengintipnya Vladimiro Montesinos. Dia telah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Rayuannya ditolak Mahkamah Agung.[2]

Pada April 2009 pula, dia disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi presiden, dan dihukum 25 tahun penjara. Dia bagaimanapun dijangka akan merayu.[3][4]

Tempat lahir[sunting | sunting sumber]

Menurut rekod kerajaan, Fujimori dilahirkan pada 28 Julai 1938 di Miraflores, sebuah daerah di Lima. Ibu bapanya, Naoichi Fujimori dan Mutsue Inomoto de Fujimori, adalah kaum asli Kumamoto, Jepun yang berimigrasi ke Peru pada 1934. Dia memegang dua kerakyatan iaitu kerakyatan Peru dan Jepun. Jepun memberi beliau kerakyatan Jepun kerana ibu bapanya rakyat Jepun.

Musuh politiknya menuduh beliau lahir di Jepun dan dengan itu tidak layak menjadi Presiden Peru. Pada Julai 1997, majalah politik Caretas melaporkan bahawa maklumat sijil kelahiran Fujimori telah diubah dan digantikan dengan "Miraflores, Lima" dalam tulisan tangan berbeza. Caretas juga mengatakan bahawa apabila Fujimori pindah ke Peru pada 1934, dia diisytiharkan mempunyai dua orang anak, Fujimori merupakan anak kedua dari empat adik-beradik.

Anak perempuannya Keiko Fujimori merupakan ahli Parlimen Peru. Kini beliau menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang kronik.

Melarikan diri[sunting | sunting sumber]

Fujimori melarikan ke Jepun dan beberapa negara lain selama 7 tahun. Jepun enggan mengekstradisi Fujimori ke Peru kerana tidak ada peruntukan atau tidak ada perjanjian ekstradisi bersama antara kedua-dua negara.

Pada November 2005, Fujimori muncul di Santiago, Chile untuk kembali aktif sebagai ahli politik. Pihak keselamatan Chile memerintahkan beliau ditahan dalam rumah selama 22 bulan. Akhirnya beliau diektradisi dari negara Chile. Beliau disambut sebagai wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez oleh sebilangan rakyat Peru.

Kemudian beliau dibawa ke pusat tahanan sementara di Direktorat Operasi Polis Khas (DIREOS), Lima, Peru.

Presiden Mahkamah Agung Peru, Francisco Tavara menyatakan Fujimori menghadapi 5 tuduhan rasuah dan dua tuduhan mencabuli hal asasi manusia. Beliau dituduh membenarkan pasukan pembunuh melakukan pembunuhgan beramai-ramai pada 1991-1992 melibatkan sejumlah 25 mangsa. Hukuman penjara 30 tahun poejara boleh dikenakan terhadap beliau.

Beliau juga terlibat dalam pembunuhan 15 orang di kawasan kediaman Barrios Altos di Lima pada 1991 serta pembunuhan 9 orang pelajar dan seorang profesor di Universiti Cantuta pada 1992.Pembunuhan itu dilakukan oleh pasukan pembunuh terdiri daripada askar semasa kempen kerajaan Fujimori untuk menghapuskan pemberontak Shining Path. [5]

Penjara enam tahun[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2007, Hakim Mahkamah Agung Peru, Pedro Urbina mendapati Fujimori bersalah mengeluarkan arahan supaya menceroboh rumah Vladimiro Montesinos bagi merampas 40 kotak mengandungi pita rakaman tentang kegiatan rasuah dalam kerajaannya.

Fujimori turut dibicarakan kerana mengarahkan dua penculikan dan pembunuhan 25 orang suspek gerila berhaluan kiri sepanjang 10 tahun pemerintahan. Jika sabit kesalahan beliau akan dijatuhkan penjara 30 tahun serta denda AS$33 juta (RM122 juta).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jo-Marie Burt. 2006 "Quien habla es terrorista": the political use of fear in Fujimori's Peru. Latin American Research Review 41(3):32-61
  2. Emery, Alex (15 April 2008). "Peru Supreme Court Upholds Former President's Prison Sentence". Bloomberg News. Diperoleh pada 7 April 2009. 
  3. Emery, Alex. Peru’s Fujimori Found Guilty on Human Rights Charges, Bloomberg News, 7 April 2009. Dicapai 7 April 2009.
  4. "Peru's Fujimori sentenced to 25 years prison". Reuters. 7 April 2009. Diperoleh pada 7 April 2009. 
  5. Saya tidak bersalah – Fujimori -- * Nafi arah bunuh suspek gerila * Dakwa selamatkan Peru dari komunis, Utusan Online. 11 Disember 2008.