Anak lembu emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penyembahan Anak Lembu Emas karya Nicolas Poussin

Anak lembu emas (עגל הזהב Egel haZahav) merupakan berhala yang dibuat oleh bangsa Israel ketika Musa (Moses) naik ke Gunung Sinai. Kejadian ini juga dikisahkan dalam Al-Qu'ran, dalam Surah Taha (Surah 20).[1] Menurut kitab Keluaran[2] (buku 'Exodus' dalam Kitab Bible), anak lembu emas ini dibuat oleh Harun (Aaron) untuk menuruti keinginan bangsa Israel, sedangkan al-Quran menyebutkan pembuatnya bernama Samiri (Samaritan).

Pemujaan lembu jantan dilakukan dalam banyak budaya. Di Mesir, dari mana datangnya Bani Israel mengikut pengisahan Exodus, berhala lembu jantan Apis merupakan berhala pujaan yang agak sama; ini membawa kepada pendirian beberapa pihak bahawa kaum Ibrani menghidupkan kembali pemujaan lembu.[3] Beberapa pihak lain pula mempercayai Tuhan bani Israel (Elohim) dikaitkan dengan imej dewa anak lembu/lembu jantan melalui proses asimilasi agama dan sinkretisme. Lembu jantan liar (auroch atau urus)[4] dipuja sebagai tuhan atau makhluk ciptaan tuhan El di kalangan jiran bangsa Ibrani di wilayah bedekatan Laut Aegea dan Timur Dekat purba.

Dalam Bahasa Ibrani, kejadian ini dikenali sebagai "Chet ha'Egel" (חטא העגל) atau "Dosa Anak Lembu".

Penyembahan Anak Lembu oleh Filippino Lippi (14571504)

Ringkasan pengisahan Bible Ibrani[sunting | sunting sumber]

Ketika Moses disuruh Tuhan untuk naik ke Gunung Sinai untuk menerima perintah Tuhan (Exodus 24:12) ia tinggal di atas gunung selama 40 hari dan 40 malam. Bangsa Israel takut Musa tidak kembali dan berkata kepada Harun (Aaron) untuk membuatkan mereka gambaran tuhan Bani Israel (Exodus 32:1). Pada mulanya Aaron enggan berbuat demikian , akan tetapi akhirnya mengalah dan mengumpulkan anting-anting emas mereka lalu dari anting-anting yang terkumpul dibentuk dan dibuatlah patung anak lembu. Aaron juga mendirikan mazbah di depan anak lembu itu dan menyisytihar, "Israel, inilah tuhan kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir". Pada keesokan harinya bani Israel memberi persembahan kepada Anak Lembu Emas dan berhari raya. Moses melihat apa yang dilakukan dan naik marah lalu memecahkan Batu Bersurat pada mana Tuhan telah menuliskan Hukumnya buat kaum Israel.

Tuhan kemudiannya menyuruh Moses turun dan berkata Ia berencana untuk membinasakan bangsa Israel dan mencipta bangsa baharu buat Moses. Moses mencuba menyejukkan hati Tuhan sehingga Tuhan tidak jadi membinasakan bangsa pilihan-Nya (Exodus 32:9-14). Moses pun turun dari gunung dengan membawa kedua-dua loh batu yang ditulis oleh Tuhan sendiri. Ketika ia bertemu dengan Joshua yang menunggunya turun dari gunung, Joshua berkata bahawa ia mendengar bunyi perang di perkhemahan Israel; lalu Moses menjawab Joshua bahawa yang didengarnya bukan nyanyian kemenangan atau kekalahan, melainkan nyanyian bersahut-sahutan. Ketika turun dari gunung tersebut Musa melihat anak lembu emas dan orang yang menari-nari. Maka Moses menjadi marah, lalu kedua loh batu yang dibawanya dilemparkannya dari tangannya dan dipecahkannya di kaki gunung tersebut. Moses membakar anak lembu emas tersebut dengan api, digilingnya sampai halus, kemudian ditaburkannya ke atas air dan disuruhnya orang Israel meminum air tersebut. Moses bertanya kepada Aaron mengapa ia mendatangkan dosa sebesar itu kepada bangsa Israel. Aaron menjawab bahawa pada dasarnya bangsa Israel adalah jahat; ia menyuruh mereka menanggalkan emas mereka, dan ketika emas sudah terkumpul dan ia melemparkannya ke dalam api, keluarlah anak lembu itu (Exodus 32:22-24). Moses kemudian memanggil mereka yang sanggup mengikut Torah agar mengikutinya. Kebanyakan orang Israel datang kepada Moses, termasuk setiap ahli kaum Lewi.

Musa melihat bahwa orang Israel sudah seperti kuda terlepas dari kandang, dan Harunlah yang melepaskan mereka, sampai menjadi ejekan bagi musuh mereka, maka Musa mengundang seluruh orang Israel yang berpihak kepadanya dan seluruh bani Lewi berkumpul kepada Musa. Musa lalu memberikan perintah Tuhan kepada bani Lewi untuk berjalan kian ke mari dengan masing-masing mengikatkan pedang di pingganngnya, dari pintu gerbang perkemahan hingga pintu gerbang satunya lagi, dan masing-masing biarlah membunuh saudaranya dan temannya dan tetangganya. Mereka melakukan seperti yang diperintahkan Musa dan matilah tiga ribu orang dari bangsa Israel (Templat:Ayat).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. pada surah 20, Taha Online Quran Project 20.83.
  2. Keluaran 32:4
  3. The early Christian Apostolic Constitutions, vi. 4 (c. 380), mentions that "the law is the decalogue, which the Lord promulgated to them with an audible voice, before the people made that calf which represented the Egyptian Apis."
  4. Dewan Bahasa dan Pustaka

Pautan luar[sunting | sunting sumber]