Anak mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anak mata
Pupil
Iris close-up.jpg
Mata manusia
Anak mata adalah kawasan telus di pbahagian pusat mata (ditunjukkan dalam warna hitam). Kawasan biru yang mengelilinginya ialah iris. Kawasan luar bewarna putih ialah sklera
Schematic diagram of the human eye en.svg
Gambar rajah skema mata manusia
Latin Pupilla (Jamak: Pupillae)

Anak mata (انق مات) atau pupil (ڤوڤيل) merupakan suatu bukaan atau lubang kecil yang terletak di tengah iris mata di mana ia berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina.[1] Ia kelihatan berwarna hitam kerana sinar cahaya memasukinya sama ada ia diserap oleh tisu-tisu di dalam mata secara langsung, atau diserap selepas meresap pantulan dalam mata yang kebanyakannya terlepas keluar daripada anak mata yang sempit. Anak mata manusia berbentuk bulat manakala beberapa spesies lain seperti sesetengah kucing mempunyai anak mata dengan celah menegak, kambing dengan anak mata celah melintang dan sesetengah ikan keli memiliki jenis anak mata anulus.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cassin, B. and Solomon, S. Dictionary of Eye Terminology. Gainsville, Florida: Triad Publishing Company, 1990.
  2. Malmström T, Kröger RH (Januari 2006). "Pupil shapes and lens optics in the eyes of terrestrial vertebrates". J. Exp. Biol. 209 (Bhg 1): 18–25. doi:10.1242/jeb.01959. PMID 16354774.