Angel (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angel
Nama lahirAngelina Chai Ka Ying
Kelahiran (2001-01-02) 2 Januari 2001 (umur 23)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Dolla

Angelina Chai Ka Ying (Jawi: انجلينا چاي كا ييڠ) (lahir 2 Januari 2001) ialah penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan gadis Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Angel ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[2] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Angel bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi lagu sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Dolla[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dolla members profile and facts" [Profil dan fakta ahli kumpulan Dolla] (dalam bahasa Inggeris). KProfiles. 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  2. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  3. ^ Najiy Jefri (14 Oktober 2021). "Dolla bukti wanita berani". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.