Anita Baharom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anita Baharom
Kelahiran (1983-01-30) 30 Januari 1983 (umur 41)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
  • Mohd Ismadi Ismail (k. 2006–2022)
  • Engku Isyamuddin Tuan Losin (k. 2022)
Anak-anak3

Anita Baharom (lahir 30 Januari 1983) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Anizah dalam siri drama remaja Dunia Baru (2006–2007) dan kembali menjayakan wataknya dalam adaptasi filem dan Dunia Baru Reunion.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anita berkahwin dengan Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan 3 anak — Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail. Ismadi meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.[1]

Pada Mei 2019, Anita mendedahkan bahawa beliau disahkan menghidap penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) atau Lupus.[2]

Ibunya, Wirmah Pawanchee meninggal dunia pada 6 Mei 2022 akibat masalah kesihatan yang berpanjangan.[3]

Pada 22 Disember 2022, Anita selamat melangsungkan perkahwinan keduanya dengan ahli perniagaan, Engku Isyamuddin Tuan Losin di Garden Hall Bizmilla One City.

Aktiviti kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Anita ditugaskan sebagai wakil Yayasan Amal ke Sudan bagi menjalankan amanah rakyat Malaysia seperti aqiqah, korban dan al-Quran untuk diwakafkan.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (1 Januari 2022). Suami Anita Baharom meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (13 Mei 2019). Anita Baharom menghidap Lupus Harian Metro. Dicapai pada 31 Disember 2019.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (7 Mei 2022). Anita sukar terima hakikat emak, suami dah tiada Harian Metro. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  4. ^ Nadia Azam (13 Mei 2019). Sudan buka mata, lupakan derita Anita Baharom Malaysiakini. Dicapai pada 31 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]