Antonios Papadopoulos (pemain bola sepak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Antonios Papadopoulos
Papadopoulos membersamai Borussia Dortmund pada 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Antonios Papadopoulos
Tarikh lahir (1999-09-10) 10 September 1999 (umur 24)
Tempat lahir Bad Cannstatt, Jerman
Ketinggian 185 cm (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Tengah pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor 18
Kerjaya remaja
SC Weinstadt
0–2013 Stuttgarter Kickers
2013–2015 FSV Waiblingen
2015–2018 VfR Aalen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2019 VfR Aalen 13 (0)
2019–2021 Hallescher FC 58 (3)
2021– Borussia Dortmund II 69 (4)
2021– Borussia Dortmund 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:07, 4 Mei 2024 (UTC)

Antonios Papadopoulos (Yunani: Αντώνιος Παπαδόπουλος; lahir 10 September 1999) ialah pemain bola sepak Jerman yang bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk kelab Bundesliga Borussia Dortmund.[2]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Antonios memulakan kerjayanya dengan memyertai kelab divisyen kelas empat Jerman, Regionaliiga VfR Aalen pada tahun 2017 dan mulai membersamai kelab divisyen kelas tiga Jerman, 3. Fußball-Liga Hallescher FC pada tahun 2019.[3] Dia menanda tangani kontrak sebagai ahli skuad semasa Borussia Dortmund II. Antonios rasmi berkhidmat di Bundesliga pada 2021[4]. Dia tampil perdana di taraf senior pada perlawanan DFB-Pokal, menentang SV Wehen Wiesbaden dengan kemenangan pangkal 3–0 pada tarikh 7 Ogos 2021.[5] Seminggu selepasnya, Antonios tampil perdana untuk perlawanan Bundesliga pada 14 Ogos. Pada perlawanan itu, ia bersama rakan-rakannya mendapat kemenanga ke atas penentang mereka, Eintracht Frankfurt dengan mata 5–2.[6]

Pada Ogos 2022, dia meneruskan kontraknya untuk membersamai Dortmund sehingga 2024.[7] Pada tahun yang sama, dia membuat penampilan perdana di Liga Juara-Juara UEFA semasa menentang Sevilla. Antonios berjaya menang ke atas kelab La Liga Sepanyol itu dengan mata 4–1.[8] Pada 4 Mei 2024, Antonios berjaya mendapat kemenangan terbesar sepanjang sejarah kerjayanya dengan membelasah penentang FC Augsburg, mata akhir perlawanan ialah 5–1.[9]

Perangkaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga perlawanan setakat pada tarikh 4 Mei 2024 [10]
Penampilan dan jaringan gol yang berpadan dengan kelab, musim dan kejohanan
Kelab Musim Liga DFB-Pokal Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kaps Gol Kaps Gol Kaps Gol Kaps Gol Kaps Gol
Borussia Dortmund II 2021–22 3. Liga 25 1 25 1
2022–23 27 1 27 1
2023–24 17 2 17 2
Jumlah 69 4 69 4
Borussia Dortmund 2021–22 Bundesliga 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
2022–23 1 0 0 0 2[a] 0 0 0 3 0
2024–24 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 5 0 1 0 2 0 0 0 8 0
Jumlah kerjaya 74 4 1 0 2 0 0 0 77 0
  1. ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Antonios Papadopoulos". Bundesliga. Dicapai pada 16 February 2023.
  2. ^ "Antonios Papadopoulos". WorldFootball.net. Dicapai pada 28 October 2017.
  3. ^ "Papadopoulos wechselt zu Halle" (dalam bahasa Jerman). kicker.de. 30 May 2019.
  4. ^ "Neuzugänge bei der U23" (dalam bahasa Jerman). Borussia Dortmund. 15 June 2021.
  5. ^ "Wehen Wiesbaden vs. Borussia Dortmund - 7 August 2021 - Soccerway". int.soccerway.com.
  6. ^ "Papadopoulos enthüllt: Bundesliga-Debüt vs. Frankfurt war nicht mein erstes Spiel im Signal Iduna Park!" (dalam bahasa Jerman). Tribuna.com. 19 August 2021.
  7. ^ "BVB verlängert Vertrag mit Antonios Papadopoulos" (dalam bahasa Jerman). Borussia Dortmund. 25 August 2022.
  8. ^ "Sevilla 1–4 Borussia Dortmund". ESPN. 5 November 2022.
  9. ^ "Moukoko bags brace in 5-1 masterclass against Augsburg". Borussia Dortmund. 4 May 2024.
  10. ^ Biodata Antonios Papadopoulos di Soccerway

Pautan luar[sunting | sunting sumber]