La Liga
| 140px | |
| Negara | Sepanyol |
|---|---|
| Konfederasi | UEFA |
| Ditubuhkan | 1929 |
| Jumlah pasukan | 20 |
| Disingkirkan ke | Segunda División |
| Aras | Tahap 1 |
| Piala domestik | Copa del Rey |
| Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara Piala UEFA Piala Intertoto |
| Juara semasa | Real Madrid (2007-08) |
| Kelab paling berjaya | Real Madrid (31 kejuaraan) |
| Laman web | http://www.lfp.es http://www.facebook.com/lfpoficial |
The Primera División of the Liga de Fútbol Profesional (Professional Football League), lebih dikenali sebagai La Liga atau Liga BBVA[1], merupakan liga bola sepak profesional di Sepanyol. Ia disertai oleh 20 pasukan, dengan tiga pasukan terbawah disingkirkan ke Segunda División dan diganti dengan tiga pasukan teratas dalam divisyen tersebut.
Sejumlah 58 pasukan pernah bersaing dalam La Liga, sembilan daripadanya pernah digelar juara. Sejak 1950-an, Real Madrid dan FC Barcelona telah mendominasi kejuaraan tersebut dengan memenangi 31 kali dan Barcelona sebanyak 18 kali. Walaubagaimanapun, semasa 1930-an dan 1940-an dan dalam dua dekad lepas, La Liga pernah dijuarai oleh lain pasukan termasuk Valencia, Atlético Madrid, Sevilla, Deportivo de La Coruña, Athletic Bilbao, Real Sociedad dan Real Betis.
La Liga adalah satu daripada liga sukan profesional paling popular di dunia, dengan purata kehadiran 29,029 untuk perlawanan liga dalam musim 2007-08. Ini merupakan kelapan tertinggi dalam mana-mana liga sukan profesional tempatan di dunia dan ketiga tertinggi dalam mana-mana liga bola sepak profesional, di belakang Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris.
Kelab dalam musim 2008-09 [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Presentado el acuerdo por el que Primera División se llamará Liga BBVA y Segunda, Liga Adelante", lfp.es, 04-06-2008.
Pautan luar [sunting]
- (Bahasa Sepanyol) Official La Liga Site
- (Bahasa Sepanyol)(Inggeris) Official Facebook
- (Bahasa Sepanyol) Official RFEF Site
- La Liga Results and News at Yahoo! Eurosport UK