Liga Juara-Juara UEFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Liga Juara-Juara UEFA

Ditubuhkan 1955
Benua Eropah (UEFA)
Jumlah pasukan 32 (peringkat kumpulan)
76
Juara semasa Bendera England Chelsea (1 kali)
Kelab paling berjaya Bendera Sepanyol Real Madrid (9 kali)
Penyiaran televisyen Senarai penyiar televisyen
Moto Champions League Hymn
Soccerball current event.svg Liga Juara-Juara UEFA 2011-12

Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA (bahasa Inggeris: UEFA Champions League) merupakan satu kejohanan bola sepak bermusim (tahunan) yang membabitkan kelab-kelab terunggul di Eropah. Ia dianggap kejuaraan yang paling berprestij dalam bola sepak peringkat kelab di dunia.

Hal ini demikian bukan hanya disebabkan sejarah pertandingan ini, malah ganjaran kewangannya. Setiap pasukan yang terlibat dalam peringkat kumpulan akan dibayar antara 3.8 juta hingga €30.6 juta.

Pada awalnya, kejuaraan ini dinamakan Piala Eropah sebelum musim 1992-93. Kemudiannya ditukar kepada Liga Juara-juara Eropah.

Kejuaraan ini mempunyai tiga peringkat kelayakan untuk memasuki peringkat kumpulan. Biasanya pasukan-pasukan yang hebat memulakan pertandingan pada peringkat kumpulan yang melibatkan 32 pasukan. 16 pasukan yang layak daripada peringkat ini mara ke peringkat-peringkat kalah mati, sehinggalah perlawanan akhir di sebuah stadium yang ditentukan.

Stadium yang akan menjadi tuan rumah dalam Liga Juara-juara 2011-2012 ialah Allianz Arena di Munich, Jerman.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain