Arak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Tetapi, untuk yang bersara pada wilayah yang sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.

Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

Pandangan Arak dari sudut Islam[sunting | sunting sumber]

Dalil Al-Qur'an mengenai arak[sunting | sunting sumber]

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]

Dalil Hadis mengenai arak[sunting | sunting sumber]

Hadis Ibnu Umar r.a bercakap: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Oleh itu tiada sebab untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Kutukan Allah mengenai arak[sunting | sunting sumber]

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

Punca segala kejahatan[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah punca daripada segala punca kejahatan dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
  • Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
  • Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
  • Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
  • Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Lihatlah berapa ramai nyawa mangsa di jalanraya, bunuh-membunuh, rogol, zina, pelacuran, kes liwat, dan pelbagai kejahatan berpunca daripada ARAK.

Hukum hudud[sunting | sunting sumber]

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4]

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Jenis-jenis arak[sunting | sunting sumber]

  1. Rum
  2. Wine
  3. Scotch
  4. Wiskey
  5. Khamar
  6. Samsu

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Arak dalam Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]