Arak dalam Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Dalil Al-Quran haram minum arak[sunting | sunting sumber]

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) [1]

Dalil Hadis haram minum arak[sunting | sunting sumber]

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Dalil Hadis kutukan Allah tentang arak[sunting | sunting sumber]

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]

Ibu segala maksiat[sunting | sunting sumber]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

" Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

  • Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
  • Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
  • Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
  • Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
  • Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
  • Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Fitnah nama-nama arak[sunting | sunting sumber]

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Hukuman Hudud minum arak[sunting | sunting sumber]

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4]

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

  1. Orang yang sudah mukallaf
  2. Dengan kemahuan sendiri
  3. Mengetahui haram hukum meminumnya
  4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil

Pengharaman arak di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pengharaman arak di Malaysia dimulakan dengan pengharaman keras kepada iklan arak pada 1995. Iklan arak yang terakhir ialah iklan Tiger Beer (1993) dan Carlsberg (1994). Sejak tahun 2007, tajaan arak diharamkan dengan keras pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN sehingga ketika ini. Perlawanan Terbuka Malaysia pun juga mengharamkan dengan keras tajaan arak, sehingga ditukar dengan tajaan rokok.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. Arak
  2. Alkohol
  3. Hudud
  4. Rokok dalam Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
  2. Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei[5]
  3. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia[6]
  4. Kitab Sunan Ibnu Majah
  5. Kitab Sahih Muslim
  6. Kitab al-Fitan

Nota kaki[sunting | sunting sumber]