Ararat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Ararat
Agry(ararat) view from plane under naxcivan sharur.jpg
Ararat Kecil (kiri) dan Gunung Ararat (kanan)
Ketinggian 5,137 m (16,854 ka)
Tonjolan 3,611 m (11,847 ka)
Senarai Titik tinggi negara
Ultra
Lokasi
Gunung Ararat yang terletak di Turki
Gunung Ararat
Lokasi di Turki
Lokasi Bandar terdekat, laluan untuk pendaki:[note 1] Doğubayazıt, Wilayah Ağrı, Turki[1]
Koordinat

39°42.113′N 44°17.899′E / 39.701883°U 44.298317°T / 39.701883; 44.298317Koordinat: 39°42.113′N 44°17.899′E / 39.701883°U 44.298317°T / 39.701883; 44.298317

[2]
Geologi
Jenis Stratovolkano
Letusan terakhir 1840[3]
Mendaki
Pendakian pertama 1829
Dr. Friedrich Parrot dan
Khachatur Abovian[4]

Gunung Ararat (Turki: Ağrı Dağı; Armenia: Արարատ) atau juga dikenali sebagai Gunung Masis merupakan sebuah gunung berapi pendam yang bersalji di negara Turki. Ia mempunyai dua buah puncak gunung iaitu Ararat Besar dan Ararat Kecil. Ararat Besar adalah puncak tertinggi di Turki dan keseluruhan Tanah Tinggi Armenia dengan ketinggian 5,137 meter (16,854 ka) manakala ketinggian bagi Ararat Kecil pula adalah 3,896 meter (12,782 ka).

Garis pusat massif Ararat adalah 40 kilometer (25 bt). Sempadan Iran–Turki terletak di sedikit timur dari Ararat Kecil. Di kawasan itu, Konvensyen Tehran 1932 telah diadakan dimana perubahan sempadan antara dua negara yang memihak kepada Turki itu telah dibuat. Dengan perjanjian tersebut, Turki dibenarkan untuk menduduki kawasan rusuk timur Ararat Kecil.[5]

Gunung Ararat dalam tradisi Kristian–Yahudi mempunyai kaitan dengan "Pergunungan Ararat" di mana menurut kitab Kejadian, bahtera Nuh berlabuh di situ.

Gunung ini juga memainkan peranan penting dalam tradisi dan nasionalisme Armenia. Ia juga boleh dilihat pada lambang negara Armenia.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Laluan yang hanya dibenarkan untuk mendaki Ararat ialah Doğubayazıt, secara pilihan dengan kereta. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (2005).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]