Arjun Rampal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Arjun Rampal
280px
Kelahiran 26 November 1972 (41 tahun)
Pekerjaan Model, Pelakon
Tahun aktif 2001-sekarang
Pasangan Mehr Jesia

Arjun Rampal (Hindi, अर्जुन रामपाल, Arjun Rāmpāl, lahir pada 26 November 1972) ialah seorang pelakon India yang muncul dalam filem-filem Bollywood, dan seorang model fesyen.

Karier filem[sunting | sunting sumber]

Wayang debutnya - Moksha ditayangkankan pada tahun 2001 dan diarahkan oleh Ashok Mehta. Bagaimana pun, filem ini ditayangkan selepas filem keduanya, Pyaar Ishq Aur Mohabbat, yang dibintanginya bersama-sama dengan Sunil Shetty dan Aftab Shivdasani. Walaupun kedua-dua buah filem tersebut tidak menghasilkan persembahan yang baik pada box office, persembahannya dalam kedua-dua buah filem tersebut telah dipuji oleh para pengkritik. Pada tahun 2002, dia telah memenangi anugerah bagi Face of the Year daripada International Indian Film Academy.

Sejak debutnya, dia bekerja berterusan dalam filem-filem seperti Aankhen (2002), Dil Hai Tumhaara (2002), Yakeen (2005) dan Ek Ajnabee (2005). Kebanyakan filemnya menyaksikannya sebagai watak sokongan dan tidak membuahkan kejayaan komersil.

Dia juga muncul dalam konsert 2004 Temptations bersama-sama bintang-bintang seperti Shahrukh Khan, Rani Mukerji, Saif Ali Khan, Preity Zinta, dan Priyanka Chopra.

Pada tahun 2006, dia muncul sebagai pelakon undangan dalam Kabhi Alvida Naa Kehna dan memegang watak sokongan dalam Don - The Chase Begins Again, versi baru filem Don yang dibintangi Amitabh Bachchan pada tahun 1978. Rampal memegang watak Jasjit yang pernah dimainkan oleh Pran dalam versi asal.