Armando Izzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Armando Izzo
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1992-03-02) 2 Mac 1992 (umur 32)
Tempat lahir Naples, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Torino
Nombor 5
Kerjaya remaja
Napoli
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Napoli 0 (0)
2011–2012Triestina (pinjam) 13 (1)
2012–2014 Avellino 58 (2)
2014–2018 Genoa 98 (2)
2018– Torino 39 (5)
Pasukan kebangsaan
2019– Itali 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:59, 1 September 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:45, 18 November 2019 (UTC)

Armando Izzo (sebutan bahasa Itali: [arˈmando ˈittso]; lahir 2 Mac 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi bek tengah untuk Torino dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Izzo mula bermain bola sepak ketika berusia 13 tahun di ARCI Scampia sebelum berpindah ke Napoli dan memenangi Campionato Nazionale Dante Berretti bersama kelab barunya itu. Pada musim 2011–12, beliau telah dipinjamkan ke kelab Triestina yang bersaing di Lega Pro Prima Divisione. Di sana, beliau telah beraksi dalam 13 perlawanan dan menjaringkan satu gol.[1]

Pada 31 Januari 2012, Izzo menyertai Avellino sebagai rundingan pemilikan bersama[2] dan beliau berjaya melakukan enam penampilan bersama kelab itu. Pada musim berikutnya, Izzo melakukan 22 kemunculan dan menjaringkan satu gol dan menyaksikan kelabnya menjuarai saingan liga dan mendapat tempat ke Serie B. Izzo melakukan penampilan pertamanya di Serie B pada musim 2013–14 dan menamatkan musim itu dengan 30 penampilan dan menjaringkan satu gol.

Genoa[sunting | sunting sumber]

Semasa musim panas, beliau telah dijual ke Genoa. Pada 5 Oktober 2014, beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika pasukannya merangkul kemenangan 2-1 ke atas Parma 2-1.[3] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Serie A pula pada 11 Januari 2015 semasa menentang Inter Milan. Pada 1 April 2015, beliau memperbaharui kontraknya bersama Genoa sehingga tahun 2019. Izzo mengakhiri musim itu dengan melakukan 20 penampilan dan menghasilkan satu jaringan.

Pada musim berikutnya, beliau melakukan penampilan pertamanya untuk kempen baru ketika menewaskan Verona 2–0. Beliau telah melakukan 33 kemunculan bersama Genoa pada musim itu.

Buat musim 2016–17, beliau beraksi di barisan pertahanan untuk kelab dari Liguria itu manakala pada musim seterusnya, beliau hanya tampil dalam 16 perlawanan kerana dibelenggu kecederaan dan tidak layak. Beliau menjaringkan gol tunggalnya pada musim itu pada 25 Oktober 2017 dengan menjaringkan gol pembukaan permainan semasa menentang Napoli. Pada 12 Mei 2018, pada aksi menentang Benevento, beliau beraksi dalam perlawanan ke-100nya bersama Genoa.

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2018, Izzo telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Torino.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Torino pada 12 Ogos ketika mengalahkan Cosenza 4-0 pada saingan Coppa Italia. Pada 4 November, beliua menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika menyarung jersi Torino pada aksi menewaskan Sampdoria 1-4 di gelanggang lawan.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 5 November 2016, Izzo telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Itali buat kali pertama oleh pengurus Gian Piero Ventura untuk menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Liechtenstein dan perlawanan persahabatan menentang Jerman.[5]

Pada 15 Mac 2019, Izzo telah dipanggil oleh pengurus Roberto Mancini untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Finland dan Liechtenstein pada hujung bulan itu.[6] Pada 26 Mac, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Itali ketika menewaskan Liechtenstein 6-0 di gelanggang sendiri.[7]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2016, Izzo bersama pemain tengah, Luca Pini dan Francesco Millesi telah ditahan untuk membantu siasatan oleh jabatan polis anti-mafia di Naples (DDA) selepas mereka dituduh terbabit dengan kumpulan Camorra yang berpusat di Secondigliano berhubung dengan keputusan perlawanan Serie B antara Modena dan Avellino (1–0) pada 17 Mac 2014 dan perlawanan Avellino menentang Reggina (3–0) pada 25 Mei 2014. Pada 3 Mac 2017, pendakwa raya Persekutuan Bola Sepak Itali menyoal Izzo supaya digantung selama enam tahun dan meminta agar estopel kolateral dimohonkan. Izzo juga diminta supaya membayar denda sebanyak 20,000 euro. Pada 12 April, beliau telah digantung selama 18 bulan daripada bola sepak dan didenda 50,000 euro.[8][9][10][11][12] Pada 19 Mei, dendanya telah dikurangkan kepada enam bulan.[13]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 1 September 2020.[14]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Triestina 2011–12 13 1 3 0 16 1
Itali Avellino 2011–12 6 0 0 0 6 0
2012–13 22 1 2 0 24 1
2013–14 30 1 4 0 34 1
Jumlah 58 2 6 0 64 2
Itali Genoa 2014–15 20 1 1 0 21 1
2015–16 33 0 1 0 34 0
2016–17 29 0 1 0 30 0
2017–18 16 1 0 0 16 1
Jumlah 98 2 3 0 101 2
Itali Torino 2018–19 37 4 2 0 39 4
2019–20 2 1 0 0 5[a] 2 7 3
Jumlah 39 5 2 0 5 2 46 7
Jumlah kerjaya 208 10 14 0 5 2 227 12
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 November 2019.[15]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 3 0
Jumlah 3 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Avellino

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Triestina, in arrivo Izzo e De Vena dal Napoli" [Triestina, arriving Izzo and De Vena from Napoli] (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 14 July 2011. Dicapai pada 10 March 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Calciomercato: Armando Izzo è dell'Avellino" [Transfer Market: Armando Izzo is from Avellino] (dalam bahasa Italian). Solo Avellino. 31 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 March 2014. Dicapai pada 10 March 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Izzo Alla Corte di Gasperini" [Izzo in Gasperini's court] (dalam bahasa Italian). Genoa's official website. 14 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2014. Dicapai pada 14 July 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Izzo signed with Torino" (dalam bahasa Italian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-27. Dicapai pada 4 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Italia: Marchisio torna a casa, convocati Izzo e Gagliardini" (dalam bahasa Italian). sportnews.eu. 5 November 2016. Dicapai pada 7 November 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Italy: Pavoletti & Quag in, Balotelli out". Football Italia. 15 March 2019.
  7. ^ "Euro 2020: Italy hit Liechtenstein for six". Football Italia. 26 March 2019.
  8. ^ "Izzo six-year ban next week?". Football Italia. 7 April 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  9. ^ "Genoa's Armando Izzo gets 18-month ban in match-fixing investigation". ESPN FC. 12 April 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  10. ^ "Izzo receives 18-month ban". Football Italia. 12 April 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  11. ^ "Camorra, Izzo: "Non c'entro niente, vivo un incubo"" (dalam bahasa Italian). Ansa.it. 24 May 2016. Dicapai pada 25 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Scommesse, la Procura Figc chiede 6 anni per Izzo e -7 punti per l'Avellino" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. 3 March 2017. Dicapai pada 25 April 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Izzo sentence reduced to six months". Football Italia. 19 May 2017. Dicapai pada 19 May 2017.
  14. ^ "A. Izzo". Soccerway. Dicapai pada 26 March 2019.
  15. ^ "Izzo, Armando" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 26 March 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]