Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Germany
Shirt badge/Association crest
Gelaran Die Mannschaft (The Team), used by English-speaking media
Persatuan German Football Association
(Deutscher Fußball-Bund — DFB)
Konfederasi UEFA (Europe)
Ketua jurulatih Bendera Jerman Joachim Löw
Kapten Michael Ballack
Kaps terbanyak Lothar Matthäus (150)
Penjaring terbanyak Gerd Müller (68)
Kod FIFA GER
Kedudukan FIFA 2
Kedudukan tertinggi FIFA 1 (August 1993)
Kedudukan terendah FIFA 23 (March 2006)
Kedudukan Elo 7
Kedudukan tertinggi Elo 1 (1990–92, 1993–94, 1996–97)
Kedudukan terendah Elo 28 (1923)
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Switzerland 5 - 3 Germany Bendera Jerman
(Basel, Switzerland; 5 April 1908)
Kemenangan terbesar
Bendera Jerman Germany 16 - 0 Russia Bendera Rusia
(Stockholm, Sweden; 1 July 1912)
Kekalahan terbesar
Bendera England England amateur 9 - 0 Germany Bendera Jerman
(Oxford, England; 13 March 1909)[1]
Piala Dunia
Kemunculan 16 (First in 1934)
Keputusan terbaik Juara, 1954, 1974, 1990
Piala Eropah
Kemunculan 10 (First in 1972)
Keputusan terbaik Juara, 1972, 1980, 1996
Confederations Cup
Kemunculan 2 (First in 1999)
Keputusan terbaik Tempat Ketiga, 2005

Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman (Bahasa Jerman: Die deutsche Fußballnationalmannschaft) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Jerman pada peringkat antarabangsa sejak 1908. Pasukan tersebut ditedbir oleh Persekutuan Bola Sepak Jerman DFB (Deutscher Fußball-Bund) yang telah ditubuhkan pada tahun 1900.

Dari tahun 1950 hingga 1990, pasukan tersebut telah digelar secara tidak rasmi sebagai Jerman Barat kerana sejak Perang Dunia Kedua, DFB beroperasi di Republik Bersekutu Jerman yang pada umumnya digelar Jerman Barat dari 1949 hingga 1990. DFB meneruskan untuk menyenarai pasukan kebangsaan yang kembali diterima oleh FIFA selepas Piala Dunia 1950 dengan mengekalkan semua rekod dan tradisi. Di bawah penguasaan dan pembahagian Kuasa Bersekutu, dua pasukan kebangsaan yang berlainan iaitu Pasukan Saarland (1950–1956) dan Pasukan Jerman Timur (1952–1990) turut diiktiraf oleh FIFA. Kedua-dua buah pasukan tersebut kini telah diserap ke dalam pasukan kebangsaan sekarang, beserta rekod (bilangan penyertaan perlawanan dan penjaring gol). Nama rasmi dan kod "Germany FR (FRG)" telah dipendekkan kembali kepada "Germany (GER)" sejak 1990.

Jerman merupakan salah satu daripada tiga pasukan paling berjaya dalam kejohanan antarabangsa dengan menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga gelaran juara Eropah. Mereka juga merupakan antara pasukan yang paling konsisten kerana bukan sahaja mempunyai gelaran juara dunia dan juara Eropah, malah menjadi naib juara sebanyak tiga kali pada kejohanan Piala Eropah dan empat kali di Piala Dunia termasuk tiga kali mendapat tempat ketiga di Piala Dunia. Jerman Timur memenangi pingat emas Olimpik pada 1976. Jerman merupakan satu-satunya negara yang pernah memenangi Piala Dunia bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

Dalam dua perlawanan lepas di peringkat akhir kejohanan utama iaitu final Euro 2008Euro 96 dan Piala Dunia 2002 - pemain yang menjaringkan gol penentuan di peringkat separuh akhir sedar bahawa mereka tidak mempunyai peluang beraksi pada peringkat akhir kerana digantung perlawanan. Andreas Möller pada 1996 dan Michael Ballack pada 2002 menerima kad kuning pada peringkat separuh akhir menentang England dan Korea Selatan masing-masing. Möller menjaringkan gol dalam sepakan penentuan penalti menentang England dan Michael Ballack menjaringkan gol tunggal ketika menentang Korea.

Staf kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman sekarang ialah ketua jurulatih Joachim Löw, penolong jurulatih Hans-Dieter Flick, jurulatih penjaga gol Andreas Köpke, jurulatih atletik Mark Verstegen dan Oliver Schmidtlein, scout Urs Siegenthaler, pengarah teknikal Matthias Sammer dan pengurus pasukan Oliver Bierhoff.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

[sunting] Sejarah awal

Antara tahun 1899 dan 1901 terdapat lima perlawanan antarabangsa tidak rasmi yang melibatkan pasukan pilihan Jerman dan Inggeris di mana kesemuanya berkesudahan dengan kekalahan besar Jerman. Lapan tahun setelah penubuhan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), perlawanan rasmi pertama menentang Switzerland telah diadakan pada 5 April 1908 di Basel. Keputusan perlawan tersebut memihak kepada Switzerland dengan 5-3. Para pemain telah dipilih sendiri oleh DFB kerana ketiadaan jurulatih pada ketika itu.

Otto Nerz, seorang guru sekolah dari Mannheim merupakan jurulatih pertama pasukan kebangsaan dan telah berkhidmat dari tahun 1923 sehingga 1936. Jerman berjaya memenangi tempat ketiga pada penyertaan sulung mereka di Piala Dunia 1934. Dua tahun selepas itu, Sepp Herberger mengambil alih tugas sebagai jurulatih]]. Dalam Kejohanan Piala Dunia 1938, beberapa orang pemain dari Austria telah mewakili pasukan Jerman selepas Austria dimasukkan ke dalam Jerman selepasAnschluss. Mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama, satu-satunya pencapaian terburuk Jerman di Piala Dunia.


[sunting] Pasca Perang Dunia

[sunting] Jerman Timur 1949–1990

Pada 1949, sosialis Republik Demokrat Jerman telah dibentuk di kawasan bawah penguasaan Soviet di bahagian timur Jerman. Dari 1952 dan seterusnya diwakili oleh persatuan bola sepak (FA) sendiri dan Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Timur. Jerman Timur ialah satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan pasukan Jerman Barat yang telah memenangi Piala Dunia 1974, peristiwa yang sangat simbolik bagi kedua-dua belah pihak. Jerman Timur telah memenangi pingat emas pada Olimpik 1976. Selepas tembok Berlin diruntuhkan pada tahun 1989, GDR dibubarkan dan Neue Bundesländer menyertai Republik Persekutuan Jerman ketika panyatuan Jerman pada 1990, manakala kelab-kelab bola sepak dan para pemain menyertai DFB.


[sunting] Das Wunder von Bern

Pada Piala Dunia 1954, Jerman Barat yang diketuai oleh Fritz Walter, bertemu dengan pasukan yang pernah menentang mereka dalam perlawanan persahabatan seperti Turki, Yugoslavia dan Austria. Ketika menentang pasukan pilihan, Hungary, pada peringkat kumpulan, jurulatih Jerman, Sepp Herberger, tidak menyenaraikan pemain-pemain utama beliau kerana mereka masih mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya walaupun kalah, sekaligus menyelamatkan mereka daripada kekalahan memalukan 3-8 di tangan Hungary. Jerman Barat akan bertemu kembali dengan Hungary pada perlawanan akhir, bersemuka dengan pasukan legenda Mighty Magyars, yang sedang memegang rekod 32 perlawanan berturut-turut tanpa kalah, rekod yang masih belum dipecahkan sehingga kini. Dalam situasi yang agak mengejutkan, Jerman Barat mengejar kembali kedudukan mata setelah ketinggalan 2-0 dan seterusnya memenangi perlawanan menerusi gol oleh Helmut Rahn ketika perlawanan berbaki enam minit sahaja lagi. Kejayaan tersebut digelar "Keajaiban Bern" (Das Wunder von Bern). Kemenangan mengejutkan itu menerbitkan suasana gembira di seluruh Jerman yang masih berpecah-belah akibat peperangan. Kejayaan merangkul kejuaraan tersebut dikatakan telah memainkan peranan yang penting dalam pengukuhan ideologi penubuhan Republik Bersekutu Jerman pasca perang.

[sunting] Kekalahan memedihkan: "Gol Wembley" dan "Perlawanan Abad ini"

Selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada 1958 dan sampai ke peringkat suku akhir pada 1962, Helmut Schön mengambil alih tempat sebgai jurulatih pada 1964. Pada 1966, Jerman Barat sampai ke peringkat akhir, menentang tuan rumah England di Satdium Wembley. Jaringan minit akhir Wolfgang Weber membawa permainan ke masa tambahan, tetapi dua jaringan Geoff Hurst berjaya melengkapkan hatrik, memberi England kemenangan 4-2. Jaringan masa tambahan pertama oleh Hurst, (nama samarannya "Wembley-Tor" (gol Wembley ) di Jerman, masih kekal kontroversi sehingga ke hari ini. Ramai peminat Jerman menyatakan bahawa jaringan tersebut tidak betul, menyalahkan penjaga garisan, dan hasil kajian oleh Universiti Oxford pada 1995 dengan menggunakan video televisyen yang dianalisis menggunakan komputer merumuskan bahawa jaringan itu tidak melebihi garisan gol. Walau bagaimanapun, jaringan penyamaan oleh Weber merupakan satu kontroversi, dengan bola menuju dan terkena tangan pemain Jerman semasa bola tersebut berlegar di kawasan penalti England sebelum beliau menjaringkan bola itu masuk ke dalam gawang gol.

Jeman Barat mengalami derita apabila kalah pada masa tambahan di 1970, kali ini kalah pada peringkat separuh akhir kepada Itali di Stadium Estadio Azteca. Karl-Heinz Schnellinger menjaringkan gol pada masa-masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 1-1, dan semasa masa tambahan, berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing, sementara Der kaizer (Franz Beckenbauer) masih bermain dengan bahu yang tercedera, tangannya didikat ke badanya. Tanpa diduga Itali menang 4-3, perlawanan ini yang dianggap penuh dramatik dalam sejarah Piala Dunia, dan ia dipanggil Jahrhundertspiel (Permainnan abad ini) di Jerman. Jerman Barat mendapat tempat ketiga selepas membenamkan Uruguay dengan jaringan 1-0, dan Gerd Müller menamatkan saingan pada kejohanan tersebut dengan memenangi penjaring terbanyak dengan 10 gol.

[sunting] Gelaran Piala Dunia di tanahair

Pada 1971, Franz Beckenbauer menjadi ketua pasukan, dan membawa Jerman Barat ke arah kegemilangan dengan menjadi juara Eropah dan juara dunia. Mereka memulakan langkah berjayanya dengan memenagi Kejuaraan Eropah untuk kali pertamanya pada Euro 72, selepas mengalahkan Soviet Union 3-0 pada perlawanan akhir. Kemudian mereka menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 1974. Mereka berjaya mendapat gelaran kedua Piala Duniauntuk negaranya, selepas membenam Belanda 2-1 pada perlawanan akhir di Olympiastadion.

Dua perlawanan pada kejohanan itu(Piala Dunia 1974) memihak kepada Jerman Barat. Perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan politik antara Barat dan Jerman Timur, dimana Timur menang 1-0. Perlawanan lain ialah perlawanan akhir menentang pasukan Belanda yang diketuai oleh Johan Cruijff dengan corak permainan Total Football. Ia bermula penuh drama dengan Cruijff berjaya menembusi petak penalti Jerman Barat diikuti dengan larian solo, dan menyebabkan Belanda mendahului dengan penaltiand sebelum pemain Jerman Barat menyentuh bola dengan seminit telah berlalu semasa perlawanan bermula. Walau bagaimanapun, Jerman Barat berjaya mengikat kedudukan melalui penalti oleh Paul Breitner, dan memenangi perlawanan dengan jaringan oleh Gerd Müller sebelum tamat separuh masa pertama. Gol kedua oleh Müller dikatakan offside.

[sunting] Akhir 1970an dan awal 1980an

Jerman Barat gagal mempertahankan dua kejuaraan besar. Pertama mereka kalah kepada Czechoslovakia pada perlawanan akhir Euro 76 delam penentuan penalti 5-3, selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. Selepas itu, pada Piala Dunia 1978, mereka disingkirkan pada pusingan kedua selepas kalah 3-2 kepada Austria. Schön bersara sebagai jurulatih selepas itu, dan tempat itu diisi oleh pembantunya, Jupp Derwall.

Kejohanan pertama bawah kendalian Derwall agak membanggakan, mereka memenangi Euro 80 selepas membenam Belgium 2-1 pada perlawanan akhir, memenangi kejuaraan Eropah mereka yang kedua. Selepas itu, Jerman Barat berjaya mara ke Piala Dunia 1982 tanpa sebarang kesulitan. Mereka dikecewakan dengan keputusan 2-1 oleh Algeria semasa perlawanan pertama, namun berjaya melepasi pusingan kedua dengan kemenangan kontroversi dengan jaringan 1-0 keatas Austria. Kedua-dua pasukan berjaya mara selepas berjaya membenam Algeria. Kemudian, dalam perlawanan separuh akhir menentang Perancis, mereka berjaya mendahului dengan jaringan 3-1. Kemudian mereka perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Jerman Barat menang menerusi penalti 5-4. Pada perlawanan akhir, mereka dengan mudah ditewaskan oleh Itali dengan jaringan 3-1.

[sunting] Kejayaan Beckenbauer sebagai jurulatih

Selepas tersingkir pada pusingan pertama Euro 84, Franz Beckenbauer kembali ke pasukan kebangsaan dan menggantikan tempat Derwall sebagai jurulatih. Pada Piala Dunia 1986, Jerman Barat berjaya menamatkan saingan sebagai naib johan, selepas mengalahkan Perancis 2-0 dalam separuh akhir, tetapi kalah kepada pasukan yang dipimpin oleh Diego Maradona, Argentina 3-2 semasa perlawanan akhir. Pada Euro 88, harapan Jerman Barat untuk memenangi piala itu di laman sendiri telah digagalkan oleh Belanda. Belanda seperti membalas dendam akiat kekalahan mereka di perlawanan akhir 1974 dengan mengalahkan mereka 2-1 pada separuh akhir.

Pada Piala Dunia 1990, Jerman Barat berjaya memenangi piala dunia mereka yang ketiga selepas dua kejohanan menjadi naib johan. Diketuai oleh Lothar Matthäus sebagai kepten, rentak kejayaan mereka menyerlah dengan membenam Yugoslavia (4-1), UAE (5-1), finalis 1974, Belanda (2-1), Czechoslovakia (1-0), dan England (1-1, 4-3 pada penentuan penalti) semasa laluan mereka ke perlawanan akhir menentang Argentina. Dalam perlawanan yang membosankan, Jerman Barat menang 1-0 dengan jaringan penalti oleh Andreas Brehme pada minit ke-85. Beckenbauer, yang memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan pada 1974, menjadi orang kedua selepas Mário Zagallo memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga jurulatih.

[sunting] Keputusan becampur dalam 1990an

Selepas kemenangan pada Piala Dunia 1990, penolong jurulatih Berti Vogts mengambil alih tugas daripada Beckenbauer sebagai jurulatih kebangsaan. Tambahan pula, dengan penggabungan Penggabungan Jerman bermaknapemain daripada Jerman Timur, seperti Matthias Sammer dan Ulf Kirsten, boleh mewakili pasukan Jerman Barat sebagai Jerman yang bersatu. Pada Euro 92, Jerman berjaya mara ke perlawanan akhir, tetapi kalah 2-0 kepada juara baru Denmark. Sebagai juara bertahan dalam Piala Dunia 1994, mereka dikecewakan dengan kekalahan 2-1 ada suku akhir kepada Bulgaria selepas mendahului.

Jerman menang kejuaraan terbesar sebagai sebuah negara bersatu pada Euro 96, menjadi juara eropah untuk kali ketiga. Mereka membenam England, yang juga tuan rumah pada masa itu. Perlawanan tersebut disudahi dengan penentuan sepakan penalti (6-5, selepas seri 1-1) pada separuh akhir, dan menghampakan Republik Czech 2-1 semasa perlawanan akhir, perlawananakhir yang dijaringkan menerusi gol emas oleh Oliver Bierhoff. Walau bagaimanapun, semasa Piala Dunia 1998, Jerman disingkirkan oleh pasukan kurang ternama ketika itu semasa suku akhir, dengan keputusan 3-0 oleh Croatia. Vogts mengundur diri dan digantikan oleh Erich Ribbeck.

[sunting] Menjelang abad ke-21

Menjelang abad ke-21, kedudukan Jerman sebagai salah satu pasukan tersohor di dunia dan sebagai pasukan yang selalu melayakkan diri ke pusingan seterusnya semakin tergugat hasil siri keputusan perlawanan yang mengecewakan. Pada Euro 2000, mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama setelah gagal untuk memenangi kesemua tiga perlawanan mereka termasuk kekalahan memalukan 3-0 di tangan pasukan pilihan kedua Portugal. Rudi Völler telah menggantikan Ribbeck sebagai jurulatih, di mana pada asalnya sebagai jurulatih sementara dan kemudiannya dilantik menjadi jurulatih tetap setelah Christopher Daum, jurulatih yang bakal mengambil alih tugas terlibat dalam skandal dadah.

Pabila bermulanya Piala Dunia 2002, kepercayaan yang diberikan kepada pasukan ini menurun, berikutan keputusan buruk mereka semasa peringkatkelayakan, termasuk kekalahan di laman sendiri 5-1 menentang England. Namun, mereka bermula garang dengan menghancurkan Arab Saudi 8-0 semasa perlawanan pertama mereka di kejohanan tersebut. Di peringkat seterusnya, mereka menghasilkan tiga kemenangan dengan jarinagan 1-0, menentang Paraguay, Amerika Syarikat, dan tuan rumah bersama Korea Selatan, dan bertemu dengan Brazilpada perlawanan akhir. Perlawanan Piala Dunia pertama mempertemukan dua pasukan yang paling berjaya dalam sejrah Piala Dunia. Walau bagaimanapun, dengan kehilangan pemain yang sangat penting bagi pasukan ini, Michael Ballack, yang digantung perlawanan akibat mendapat dua kad kuning, Jerman kalah 2-0. Penjaga gawang, Oliver Kahn telah diundi sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, mencipta sejarah apabila penjaga gawang pertama dianugerahkan gelaran tersebut dalam sepanjang Piala Dunia berlangsung sejak 1930. Anugerah tersebut diiringi dengan Anugerah Yashin sebagai penjaga gawang terbaik.

Malangnya, Jerman gagal mengekalkan prestasi mereka seperti tahun 2002, dan kegagalan Jerman semasa pusingan pertama pada Euro 2004 dengan tidak memenangi kesemua perlawanan. Völler meletak jawatan selepas itu, dan pasukan negara ini terpaksa mencari jurulatih baru mereka dalam jangka masa enam tahun, selepas mempunyai enam orang jurulatih dalam jangka masa 75 tahun. Selepas calon yang sesuai antaranya Ottmar Hitzfeld dan Otto Rehhagel meletak jawatan, bekas pemain kebangsaan mereka, Jürgen Klinsmann, yang tidak pernah mempunyai pengalaman menjadi jurulatih sebelum ini, dipanggil untuk mengendali pasukan ini. Dengan tugas utamanya untuk membawa pasukan negara ini ke prestasi terbaik dalam Piala Dunia 2006, dimana Jerman gagal untuk mengulangi pencapaian mereka semasa menjadi tuan rumah pada 1974.

[sunting] Rekod

[sunting] Piala Dunia

Tahun Pusingan Kedudukan GP W D* L GS GA
Bendera Uruguay 1930 Menarik diri - - - - - - -
Bendera Itali 1934 Tempat ketiga 3 4 3 0 1 11 8
Bendera Perancis 1938 Pusingan 1 10 2 0 1 1 3 5
Bendera Brazil 1950 Dikecualikan - - - - - - -
Bendera Switzerland 1954 Juara 1 6 5 0 1 25 14
Bendera Sweden 1958 Tempat keempat 4 6 2 2 2 12 14
Bendera Chile 1962 Suku akhir 7 4 2 1 1 4 2
Bendera England 1966 Final 2 6 4 1 1 15 6
Bendera Mexico 1970 Tempat ketiga 3 6 5 0 1 17 10
Bendera Jerman Barat 1974 Juara 1 7 6 0 1 13 4
Bendera Argentina 1978 Pusingan kedua 6 6 1 4 1 10 5
Bendera Sepanyol 1982 Final 2 7 3 2 2 12 10
Bendera Mexico 1986 Final 2 7 3 2 2 8 7
Bendera Itali 1990 Juara 1 7 5 2 0 15 5
Bendera Amerika Syarikat 1994 Suku akhir 5 5 3 1 1 9 7
Bendera Perancis 1998 Suku akhir 7 5 3 1 1 8 6
Bendera Korea SelatanBendera Jepun 2002 Final 2 7 5 1 1 14 3
Bendera Jerman 2006 Tempat ketiga 3 7 5 1 1 14 6
Jumlah 16/18 3 kejuaraan 92 55 *19 18 190 109
*Menunjukkan seri termasuk perlawanan kalah mati ditentukan melalui sepakan penalti.
**Warna emas menunjukkan kejohanan telah dimenangi. Warna merah menunjukkan kejohanan diadakan di negara sendiri.

[sunting] Kejohanan Eropah

Tahun Pusingan GP W D* L GS GA
Bendera Perancis 1960 Did Not Enter - - - - - -
Bendera Sepanyol 1964 Did Not Enter - - - - - -
Bendera Itali 1968 Did Not Qualify - - - - - -
Bendera Belgium 1972 Champions 2 2 0 0 5 1
Bendera Yugoslavia 1976 Final 2 1 1 0 6 4
Bendera Itali 1980 Champions 4 3 1 0 6 3
Bendera Perancis 1984 Round 1 3 1 1 1 2 2
Bendera Jerman Barat 1988 Semi-finals 4 2 1 1 6 3
Bendera Sweden 1992 Final 5 2 1 2 7 8
Bendera England 1996 Champions 6 4 2 0 10 3
Bendera BelgiumBendera Belanda 2000 Round 1 3 0 1 2 1 5
Bendera Portugal 2004 Round 1 3 0 2 1 2 3
Bendera SwitzerlandBendera Austria 2008 Final 6 4 0 2 10 7
Bendera PolandBendera Ukraine 2012 - - - - - -
Jumlah 3 Kejuaraan 38 19 10 9 55 39

[sunting] Pemain

[sunting] Skuad semasa

Skuad final untuk Euro 2008.

Caps dan gol seperti pada Jun 29, 2008.

# Nama DoB Kelab Caps (gol) Debut
Penjaga gol
1 Jens Lehmann 10 November 1969 (umur 42) Bendera Jerman VfB Stuttgart 61 (0) v. Oman, February 18, 1998
12 Robert Enke 24 Ogos 1977 (umur 34) Bendera Jerman Hannover 96 1 (0) v. Denmark, March 28, 2007
23 René Adler 15 Januari 1985 (umur 27) Bendera Jerman Bayer Leverkusen 0 (0) N/A
Pemain pertahanan
2 Marcell Jansen 4 November 1985 (umur 26) Bendera Jerman Bayern Munich 27 (1) v. Slovakia, September 3, 2005
3 Arne Friedrich 29 Mei 1979 (umur 32) Bendera Jerman Hertha Berlin 61 (0) v. Bulgaria, August 21, 2002
4 Clemens Fritz 7 Disember 1980 (umur 31) Bendera Jerman Werder Bremen 18 (2) v. Georgia, October 7, 2006
5 Heiko Westermann 14 Ogos 1983 (umur 28) Bendera Jerman Schalke 04 3 (0) v. Austria, February 6, 2008
16 Philipp Lahm 11 November 1983 (umur 28) Bendera Jerman Bayern Munich 47 (3) v. Croatia, February 18, 2004
17 Per Mertesacker 29 September 1984 (umur 27) Bendera Jerman Werder Bremen 49 (1) v. Iran, October 9, 2004
21 Christoph Metzelder 5 November 1980 (umur 31) Bendera Sepanyol Real Madrid 47 (0) v. Hungary, August 15, 2001
Pemain tengah
6 Simon Rolfes 21 Januari 1982 (umur 30) Bendera Jerman Bayer Leverkusen 12 (0) v. Denmark, March 28, 2007
7 Bastian Schweinsteiger 1 Ogos 1984 (umur 27) Bendera Jerman Bayern Munich 56 (15) v. Romania, June 6, 2004
8 Torsten Frings 22 November 1976 (umur 35) Bendera Jerman Werder Bremen 77 (10) v. France, February 27, 2001
13 Michael Ballack Captain sports.svg 26 September 1976 (umur 35) Bendera England Chelsea 87 (38) v. Scotland, April 28, 1999
14 Piotr Trochowski 22 Mac 1984 (umur 27) Bendera Jerman Hamburg 12 (0) v. Georgia, October 7, 2006
15 Thomas Hitzlsperger 5 April 1982 (umur 29) Bendera Jerman VfB Stuttgart 38 (5) v. Iran, October 9, 2004
18 Tim Borowski 2 Mei 1980 (umur 31) Bendera Jerman Bayern Munich 33 (2) v. Bulgaria, August 21, 2002
19 David Odonkor 21 Februari 1984 (umur 28) Bendera Sepanyol Real Betis 16 (1) v. Japan, May 30, 2006
Penyerang
9 Mario Gómez 10 Julai 1985 (umur 26) Bendera Jerman VfB Stuttgart 14 (6) v. Switzerland, February 7, 2007
10 Oliver Neuville 1 Mei 1973 (umur 38) Bendera Jerman Borussia Mönchengladbach 69 (10) v. Malta, September 2, 1998
11 Miroslav Klose 9 Jun 1978 (umur 33) Bendera Jerman Bayern Munich 81 (41) v. Albania, March 24, 2001
20 Lukas Podolski 4 Jun 1985 (umur 26) Bendera Jerman Bayern Munich 54 (28) v. Romania, June 6, 2004
22 Kevin Kurányi 2 Mac 1982 (umur 30) Bendera Jerman Schalke 04 50 (19) v. Lithuania, March 29, 2003

[sunting] Pemain popular

   

Fritz Walter, Uwe Seeler, Franz Beckenbauer dan Lothar Matthäus merupakan ketua pasukan dihormati (Ehrenspielführer).

[sunting] Jurulatih

Nama Tempoh Perlawanan Menang Seri Kalah Kejuaraan
DFB committee 1908–1927 63 18 13 32
Otto Nerz 1928–1936 70 42 10 18 Tempat ketiga Piala Dunia 1934
Sepp Herberger1 1936–1964 162 92 26 44 Juara Piala Dunia 1954, Tempat keempat Piala Dunia 1958
Helmut Schön 1964–1978 139 87 30 22 Naib juara Piala Dunia 1966, Tempat ketiga Piala Dunia 1970, Juara Euro 72, Juara Piala Dunia 1974, Naib juara Euro 76
Jupp Derwall 1978–1984 67 45 11 11 Juara Euro 80, Naib juara Piala Dunia 1982
Franz Beckenbauer 1984–1990 66 36 17 13 Naib juara 1986 World Cup, Juara Piala Dunia 1990
Berti Vogts 1990–1998 102 67 23 12 Naib juara Euro 92, Juara Euro 96
Erich Ribbeck 1998–2000 24 10 6 8
Rudi Völler 2000–2004 53 29 11 13 Naib juara Piala Dunia 2002
Jürgen Klinsmann 2004–2006 34 20 8 6 Tempat ketiga Piala Dunia 2006
Joachim Löw2 2006– 28 20 4 4 Naib juara Euro 2008
Jumlah2 808 462 165 181
Nota
  1. Record includes periods of pre-division Germany (1936–1942 -- 65 matches: 40 wins, 12 draws, 13 losses) and West Germany (1950–1964 -- 97 matches: 52 wins, 14 draws, 31 losses).
  2. Record as of July 1, 2008.

[sunting] Nota

  • Germany does not have a national stadium, and rotate their home matches among various stadiums across the country.
  • The national team's home shirt colour has always been white, while the away shirt colour has changed several times. Historically green has been the most often used colour. Other colours such as grey and black have also been used. The last change, from black to red, came in November 2004. Klinsmann hopes to use the red away shirt as first choice for the 2006 World Cup.
  • Germany played in the FIFA Confederations Cup twice, in 1999 (first round exit) and in 2005 (third place) as hosts.
  • Interestingly, Germany have not beaten a European team in the finals of either the World Cup or the European Championship since their victory over the Czech Republic in the Euro 96 final. It is also often reported in the media that they have not beaten a "major football power" since their 1-0 victory over England in 2000. However, which national teams should be considered as "major football powers" is debatable. For example, Germany have beaten Mexico and the United States, who are both ranked in the top ten of the FIFA World Rankings, during this period.
  • Since their penalty shootout loss to Czechoslovakia in Euro 76, Germany have not lost a penalty shootout in major international tournaments. In particular, England suffered two heartbreaking semi-final losses to Germany on penalties in the 1990s. As England striker Gary Lineker once said: "Football is a game with 22 people and in the end the Germans always win." But in reality Germany or German teams are among the teams with the most final loses (sometimes also very unlucky), for example in the FIFA World Cup or in the UEFA Champions League.
  • German teams have something of a tradition of beginning their history against Switzerland: The first match of a German national team ever, the first match of a West German team after World War II, and the first match of the reunited German team were all against Switzerland.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain