Arul Kanda Kandasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arul Kanda
Kelahiran
Arul Kanda Kandasamy

1977 (umur 46–47)
Pendidikan
PekerjaanBekas CEO 1MDB
Anak-anak2

Arul Kanda Kandasamy atau nama Islam Azrul Kanda (lahir 1977) merupakan bekas presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia.[1] Beliau mengambil alih pucuk pimpinan syarikat tersebut menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 5 Januari 2015.

Pada 28 Jun 2018, Arul Kanda dipecat dari 1MDB atas sebab mengabaikan tanggungjawab. Pemecatan ini berlaku dua hari sebelum kontrak beliau sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2018.[2][3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Arul membesar di Sitiawan, Perak sebelum masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) Kem Sungai Besi pada usia 13 tahun. Selepas tamat tingkatan lima di RMC, beliau menyambung pelajaran A Level pada tahun 1995.Kemudian, beliau mendapat tawaran untuk belajar di London School of Economics and Political Science untuk memperolehi LLB pada tahun 1998 dan Sarjana di University College London pada tahun 2000.

Keluarga dan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Arul memeluk Islam apabila pulang ke tahahair pada tahun 2004. Beliau melafazkan kalimah syahadah di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. [4][5][6]

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Arul memulakan kerjaya sebagai penganalisis pensekuritian, di firma kewangan Calyon London dari Januari 2002 hingga Jun 2003 sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengarah bersekutu pensekuritian, Calyon, di London dari Julai 2003 hingga Mei 2004.

Beliau menjawat jawatan pengarah modal pasaran Calyon di Bahrain antara Jun 2004 hingga Jun 2005. 

Arul merupakan Ketua Perbankan Islam, Calyon di London dari Julai 2005 hingga Ogos 2006 sebelum berpindah ke Barclays Capital sebagai Ketua Penyelesaian Pembiayaan Islam di Dubai dari bulan September 2006 hingga Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Investment Bank Bhd mulai Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd, dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. daripada 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Beliau pernah menjadi Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pelaburan Kumpulan Bank dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat di Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Investment Bank Bhd mulai Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd., dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. daripada 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Arul membuat keputusan untuk menyertai 1MDB pada Januari 2015 menggantikan Mohd Hazem. [7]

Siasatan PAC terhadap 1MDB[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2015, Arul Kanda Kandasamy selaku presiden 1MDB dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berjanji akan hadir memberi keterangan kepada PAC. Shahrol merupakan CEO 1MDB daripada Januari 2009 sehingga Mac 2013. Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. 1MDB ditubuhkan pada 2009.[8] Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan bahawa Arul berada di luar negara atas urusan perniagaan, manakala Shahrol memohon penangguhan selama sebulan sebagai tempoh persediaan untuk pendengaran 1MDB.

1MDB menanggung hutang RM42 bilion dalam masa enam tahun beroperasi. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Kabinet memecat semua lembaga pengarah 1MDB atau ia sendiri meletak jawatan. Jawatankuasa Parlimen bebas yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang itu mula mengadakan pendengaran Selasa 19 Mei 2015 selepas membuat keputusan tidak menunggu siasatan bebas yang dijalankan Ketua Audit Negara selesai.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keputusan Tepat Dibuat Untuk 1MDB - Arul Kanda.
  2. ^ 1MDB pecat Arul Kanda dua hari sebelum kontrak berakhir
  3. ^ Ketua 1MDB Arul Kanda dipecat kerana mengabaikan tugas
  4. ^ (Melayu) Cerita Indah Di Sebalik Alhamdulillah Arul 1MDB. Diarkibkan 2018-05-25 di Wayback Machine
  5. ^ "Ramai terkejut Arul Kanda,CEO 1MDB sebut 'Alhamdullilah' dan 'Insyallah'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-10. Dicapai pada 2017-09-09.
  6. ^ Ahmad Maslan: Bos baru 1MDB beragama Islam, Malaysiakini, 7 Jan 2015.
  7. ^ Arul Kanda dilantik terajui 1MDB
  8. ^ MDB peminjam bertanggungjawab 
– Arul Kanda Kandasamy
  9. ^ "Arul Kanda nafi cuba lari dari prosiding PAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-25. Dicapai pada 2015-05-25.