Lim Kit Siang
- Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lim (林)]].
| Yang Berhormat Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang (Cina : 林吉祥) |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 6 Mei 2013 |
|
| Didahului oleh | Tan Ah Eng |
|---|---|
| Majoriti | 14,762 |
|
|
|
| Tempoh berjawat 24 Mac 2004 – 5 Mei 2013 |
|
| Didahului oleh | Thong Fah Chong |
| Digantikan oleh | Thomas Su |
| Majoriti | 9,774 |
|
Pengerusi DAP
|
|
| Tempoh berjawat 1999 – 2004 |
|
| Didahului oleh | Chen Man Hin |
| Digantikan oleh | Karpal Singh Ram Singh |
|
Penasihat DAP di Parlimen
|
|
| Tempoh berjawat 2004 – kini |
|
| Didahului oleh | Chen Man Hin |
|
|
|
| Tarikh lahir | 20 Februari 1941 (72 tahun) |
| Tempat lahir | Batu Pahat, Johor |
| Parti politik | |
| Pasangan | Neo Yoke Tee |
| Anak | Lim Guan Eng 3 lagi |
| Pekerjaan | Anggota Parlimen |
| Agama | Kristian |
| Laman web | Blog Lim Kit Siang |
Yang Berhormat Lim Kit Siang (lahir 20 Februari 1941; Cina: 林吉祥; pinyin: Lín Jíxiáng) merupakan penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti pembangkang demokratik sosial di Malaysia.
Lim memperolehi ijazah dari Universiti London untuk jurusan LL.B (Hons). Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat, dewan terendah bagi Parlimen Malaysia. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku.
Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera.
Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihanraya umum tahun 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.
Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen.
Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini.
Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "Operasi Lalang" pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengizinkan penahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Isi kandungan |
Kontroversi [sunting]
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, negeri Perak telah ditawan oleh ketiga-tiga buah parti pembangkang yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat. Antaranya Parti Tindakan Demokratik merupakan parti pemerintah negeri yang terbesar, namun mereka tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa Melayu. Menurut perlembagaan negeri Perak, hanya ADUN yang berbangsa Melayu layak menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan Perak mengizinkan seseorang yang bukan Melayu, dan tidak semestinya beragama Islam, untuk menjadi Menteri Besar. Pada awalnya pihak pemerintah baru cuba memujuk Sultan Perak semasa itu, Sultan Azlan Shah, untuk melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, sebagai Menteri Besar. Namun pada akhirnya Sultan menolak dan melantik Setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar. Ini kerana antara ADUN Melayu Parti Keadilan Rakyat yang merupakan parti pemerintah kedua terbesar, mereka semuanya hanya berkelayakan Tingkatan Lima Sekolah Menengah. Sultan mahukan seorang yang profesional untuk menjadi Menteri Besar, dan Mohammad Nizar yang merupakan seorang jurutera sivil menepati kemahuan ini. Memandangkan PAS merupakan parti pemerintah yang terkecil, pada awalnya Lim menyerukan agar memboikot upacara perlantikan Menteri Besar Perak, kerana beliau berpendapat bahawa jika tiada ADUN DAP dilantik, maka ADUN Parti Keadilan Rakyat yang harus dilantik kerana mereka merupakan parti pemerintah yang kedua terbesar. Namun selepas itu Lim meminta ampun daripada Sultan secara bertulis. Tetapi akhirnya upacara perlantikan Menteri Besar ditunda.
Buku yang diterbitkan [sunting]
|
|
Garis masa [sunting]
|
|
