Sitiawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Sitiawan
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Manjung
Mukim Pekan Sitiawan
Keluasan N/A

Pekan Sitiawan atau bandar Setiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjong, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, dan Ipoh.

Pemimpin komunis, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Nama bandar ini dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Melayu, iaitu Setia dan Kawan, yang telah disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebut sebagai Sitiawan.

Sejarah awal dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini, tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan itu. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah lekat didalam sungai dindings. Gajah itu cuba bergerak tetapi makin lama, makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu. Pada mulanya kampung itu digelar Kampung Gajah Mati. Kemudian ditukar kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu itu. Sebutan Setiakawan akhirnya menjadi Sitiawan.

Pada Abad ke 19, Kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings. Iaitu sekitar 1870an, kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah. Pentadbiran pelabuhan ketika itu adalah di bawah Kerajaan Residen Inggeris di Pulau Pinang. Kehadiran masyarakat cina yang berhijrah dari Negeri China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini. Ekonomi yang rancak seterusnya memajukan bahagian Simpang Empat dan menjadi bandar Sitiawan. Kini Bandar Sitiawan terdiri dari Sitiawan, Seri Manjung, Lumut dan Pelabuhan Lumut berkembang pesat menjadi daerah Manjung daerah yang paling membangun di dalam Negeri Perak.

Masjid[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]