Arun Bunchom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arun Bunchom
Muhammad Jalaluddin bin Hussein
Chula Rajamontri ke-19
Memegang jawatan
Menunggu Titah Diraja melantik
Didahului olehAziz Phitakkumpon
Butiran peribadi
Lahir (1949-03-11) 11 Mac 1949 (umur 75)
Alma mater

Arun Bunchom (Bahasa Thai: อรุณ บุญชม, Jawi: أرون بون شوم) (lahir 11 Mac 1949) ialah Chula Rajamontri Kerajaan Thailand ke-19 dan Yang Dipertua Majlis Islam Pusat Thailand. Beliau juga ialah Pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Arun Bunchom dilahirkan pada 11 Mac 1949. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang hadis dan pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan bidang hubungan antarabangsa jurusan sains politik dari Universiti Terbuka Sukhothai Thammathirat[2].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Arun pernah bertugas sebagai guru pengajian Islam dan bahasa Arab di peringkat sanawi (menengah) di Sekolah Miftah al-Ulum Al-Diniyah (Ban Don) serta menjadi penceramah menyampaikan kuliah agama kepada pelbagai institusi dan organisasi.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Imam Masjid Darul Muhsinin (Masjid Baan Doon), Mukim Khlong Tan Nuea, Daerah Watthana, Bangkok, pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok, naib pengerusi Majlis Islam Pusat Thailand, pengerusi Jawatankuasa Pakar Chula Rajamontri dan banyak lagi jawatan. Beliau juga membuat penterjemahan 9 jilid kitab hadis sahih, 7 jilid terjemahan kitab Riyadussalihin dan 7 jilid terjemahan kitab fiqah (perundangan Islam)[2]

Chula Rajamontri[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2023, Kementerian Dalam Negeri mengadakan sebuah mesyuarat bagi memilih dan meluluskan individu yang akan menjadi Chula Rajamontri ke-19 menggantikan Aziz Phitakkumpon, yang meninggal dunia pada 22 Oktober, dengan Chada Thaised, Timbalan Menteri Dalam Negeri mempengerusikan mesyuarat. Terdapat 3 calon yang disenaraikan sebagai pengganti dan keputusan pengundian adalah seperti berikut:

Keputusan pemilihan Chula Rajamontri ke-19
No. Nama Jawatan Undi
1 Prasan Sricharoen Naib Pengerusi Pakar Chula Rajamontri 129
2 Arun Bunchom Pengerusi Majlis Islam Wilayah Bangkok 471
3 Dr Wisut Billate Ahli Majlis Islam Wilayah Songkhla &

Imam Masjid Ban Nuea, Wilayah Songkhla

115

Daripada resolusi mesyuarat, keputusannya Arun dipilih untuk diangkat sebagai Chula Rajamontri ke-19. Pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri akan membentangkan namanya kepada Perdana Menteri, untuk dipersembahkan kepada Raja Thailand bagi mengesahkan pelantikan rasmi melalui Titah Diraja.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mail, Pattaya (2023-11-24). "Arun Boonchom elected as Muslim spiritual leader". Pattaya Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  2. ^ a b "เปิดประวัติ "อรุณ บุญชม" จุฬาราชมนตรีคนที่ 19 แห่งราชอาณาจักรไทย". www.sanook.com/news (dalam bahasa Thai). 2023-11-22. Dicapai pada 2023-12-21.
  3. ^ "เคาะแล้ว! "อรุณ บุญชม" ขึ้นดำรงตำแหน่งจุฬาราชมนตรี คนที่ 19 ของประเทศไทย". www.sanook.com/news (dalam bahasa Thai). 2023-11-22. Dicapai pada 2023-12-21.