Ashigaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekumpulan pelakon semula sejarah menggambarkan perarakan ashigaru di perbarisan Ieyasu memperingati Pertempuran Sekigahara.

Ashigaru Jepun (足軽) adalah tentera pejalan kaki kerahan zaman pertengahan Jepun. Semasa era Muromachi, ashigaru digunakan oleh shogun sebagai tentera persendiriannya.

Asal[sunting | sunting sumber]

Akat perkataan dipercayai dari shimobe (下部), mereka yang berkhidmat dengan pegawai kerajaan semasa era Heian. Ashigaru (harafiah "lkaki-ringan", tetapi perkataan kemungkinannya berasal dari "perisai ringan") adalah pahlawan kelas-terbawahbuke (kelas pahlawan) atau orang biasa yang menyertai atau diambil (impressed) kedalam tentera daimyo.

Selepas ashigaru terdapat tentera upahan atau pengembara yang di bayar bukan sahaja dalam bentuk harta rampasan, tetapi akhirnya sebahagian dari mereka di ambil menjadi sebahagian tentera tempatan sebagai pahlawan yang dikekalkan. Mereka yang memimpin ashigaru dikenali sebagai ashigarugashira (足軽頭), (harafiah "kepala ashigaru"), dan diberikan bayaran tahunan 200 hingga 500 koku.

Kelengkapan dan persenjataan biasa[sunting | sunting sumber]

Ashigaru adalah tentera pejalan kaki—sementara kalavari merupakan tugas samurai. Mereka mungkin dilengkapi dengan senjata naginata, katana atau hanya lembing (yari) kecuali jika mereka bertugas sebagai pengendali tarbil. Pada 1500-an, mereka turut dilengkapi dengan arquebus. Apabila pertempuran menjadi semakin rumit dan bilangan tentera terbabit semakin besar, ashigaru dilatih dengan tekun agar mereka mengekalkan barisan mereka apabila berhadapan dengan tembakan musuh. Perisai mereka terdiri daripada topi berbentuk kon (jingasa) yang diperbuat dari kulit keras disepuh (lacquered), kepingan dada dan kadang kala greaves bagi melindungi kaki. Sesetengah turut mengenakan panji-panji kecil pada bahagian belakang mereka semasa pertempuran bagi tujuan pengenalan, dikenali sebagai sashimono. Mereka perlu membawa bekal sendiri sehingga mereka sampai tempat perkumpulan tempatan dan dari situ mereka diberikan bekalan dari gudang daimyo.

Khidmat dalam perang[sunting | sunting sumber]

Dalam Perang Ōnin, ashigaru mendapat reputasi sebagai tentera liar apabila mereka menjarah dan membakar Miyako (kini dikenali sebagai Kyoto). Dalam era Sengoku berikutnya aspek pertempuran berubah dari pertempuran samurai seorang dengan seorang kepada pertempuran kumpulan ashigaru. Dengan itu ashigaru menjadi kuasa utama dalam pertempuran dan sesetengah dari mereka bangkit menjadi terkemuka. Yang terkemuka antara mereka adalah Toyotomi Hideyoshi, yang turut melantik ramai dari pahlawannya kepada status samurai. Yamauchi Katsutoyo merupakan salah seorang yang bangkit dari ashigaru, dan menjadi samurai dan kemudiannya menjadi daimyo.

Senjata baru dan taktik baru[sunting | sunting sumber]

Ashigaru

Ashigaru membentuk tulang belakang tentera samurai pada era berikutnya. Perubahan sebenar bagi ashigaru bermula pada pertengahan abad ke-16 dengan pengenalan senapang dari pedagang asing seperti Portugis. Hampir serta merta daimyo tempatan mula melengkapkan ashigaru mereka dengan senjata baru yang tidak memerlukan latihan yang banyak bagi digunakan secara berkesan berbanding panah panjang Jepun yang mengambil masa yang panjang bagi dipelajari.

Kelebihan senjata baru jarak jauh berkuasa terbukti mutlak dalam perperangan samurai. Ini dibuktikan dalam Pertempuran Nagashino pada 1575, dimana ashigaru yang ditempatkan dengan teliti dan dilengkapkan dengan senapang lantak menghalang serbuan kalaveri berat Takeda terhadap baris pertahanan suku Oda dan mematahkan tunjang mesin perang Takeda.

Selepas pertempuran, peranan ashigarus dalam tentera ditetapkan sebagai pelengkap amat berkuasa kepada golongan samurai. Kelebihan ini digunakan dalam dua penjarahan Korea pada 1592 dan 1597 terhadap Korea dan kemudiannya China. Sungguhpun nisbah senapang lantak dengan panah merupakan 2:1 pada penjarahan pertama nisbah tersebut bertukar kepada 4:1 pada penjarahan kedua disebabkan senapang amat berkesan.[1]

Penamatan penggunaan tentera kerahan[sunting | sunting sumber]

Berikutan dengan kebangkitan Tokugawa Shogunate penggunaan kerahan ashigaru tidak lagi digunakan. Disebabkan pertukaran peranan ashigaru kepada tentera profesional dikembangkan selepas pemerintahan Oda Nobunaga, ashigaru secara secara beransur-ansur berpisah dari petanian. Menjelang zaman Edo, kedudukan ashigaru sebagai kelas samurai rendah ditetapkan dan kegunaan kerahan ditinggalkan untuk selama dua ratus tahun di Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "War history of Japan: Chousen-eki (Jepun: 日本戦史 朝鮮役)"(1924) Staff headquarters of Imperial Japanese Army /ISBN 4-19-890265-8