Astaman Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Datuk

Astaman Abdul Aziz

DMSM (Melaka)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Titiwangsa
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehSuleiman Mohamed
Digantikan olehLo' Lo' Mohamad Ghazali
Butiran peribadi
Parti politik UMNO
IbuAishah Ghani
BapaAbdul Aziz Abu Hassan
PekerjaanAhli politik

Datuk Astaman Abdul Aziz adalah Presiden persatuan bola sepak Kuala Lumpur FA dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM . Beliau aktif dalam politik UMNO Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ibunya Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aishah Ghani - bekas Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973-1984) dan Ketua Wanita UMNO (1972-1984).

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau diberi jalan bertanding di parlimen Titiwangsa dan berjaya menewaskan Mohamad Nor dari PAS . Datuk Astaman Abdul Aziz dengan majoriti 11,815 undi pada tahun 2004. PAS pernah mempertaruhkan Dr. Abbas Alias (1986), Ir.Othman Ngah (1995) dan usahawan Mohamad Noor (1999 dan 2004) tetapi tewas.[1]

Tahun 2008, nama beliau digugurkan dan diganti dengan AJK Umno bahagian Titiwangsa Datuk Aziz Jamaluddin Md Tahir.Nama beliau digugurkan kerana keahlian UMNO digantung pada November 2007 kerana didakwa terbabit dalam politik wang. Aziz Jamaluddin (53 tahun) merupakan lulusan syariah dan undang-undang Universiti Al Azhar, amat dikenali sebagai pengerusi Masjid Jamek, Kampung Baru.[2]

Politik UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertading jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2004 tetapi tewas, hanya di tempat ke 32.


Rujukan[sunting | sunting sumber]