Pilihan raya umum Malaysia 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pilihan raya umum Malaysia, 2004
Malaysia
1999 ←
21 Mac 2004 (2004-03-21)
→ 2008

  Abdullah Badawi 2007.jpg Noimage.png 130px
Parti Barisan Nasional DAP [[Barisan Alternatif|Templat:Barisan Alternatif/meta/shortname]]
Undian popular 4,420,452 687,340 1,668,998
Peratusan 63.9% 9.9% 24.1

Perdana Menteri sebelum pilihan raya

Abdullah Ahmad Badawi
Barisan Nasional

Perdana Menteri-designate

Abdullah Ahmad Badawi
Barisan Nasional

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan di Malaysia pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004 diikuti dengan hari penamaan calon sembilan hari selepas tarikh tersebut. Hari pembuangan undi pula berlangsung pada 21 Mac 2004. Penyandang kerajaan (Barisan Nasional) yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih semula dengan majoriti yang terbesar sejak 1978.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac, Parlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri (kecuali Sarawak) dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negerinya yang terakhir telah diadakan pada tahun 2001 dan oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat yang baru setiap lima tahun, dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai masa sehingga akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya.

Pencalonan diadakan pada 13 Mac, dengan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi tanpa pertandingan, dengan lagi dua kerusi tambahan selepas calon-calon pembangkang menarik diri. Hak untuk menarik diri hanya diperkenalkan sebagai satu peraturan baru dalam pilihan raya ini. Di bawah peraturan ini, seseorang calon dibenarkan menarik diri dalam tempoh tiga hari selepas hari pencalonan. Daripada 17 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa pertandingan, sembilan kerusi adalah dari negeri Sabah, enam dari Sarawak, dan dua lagi dari Johor.

PAS memenangi satu kerusi dewan undangan negeri di Johor buat pertama kali, selepas seorang calon Barisan Nasional tidak melayakkan diri kerana penyokong pencalonannya bukannya seorang pengundi yang berdaftar di kawasan pilihan rayanya. Keperluan untuk penyokong berdaftar dalam kawasan pilihan raya yang sama hanya diperkenalkan pada tahun 2004.

Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Barisan Nasional (BN) mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi dipertandingkan. Laporan dalam media Malaysia pada 23 Mac menunjukkan BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang, dengan satu calon bebas. Ini merupakan majoriti terbesar sejak pilihan raya 1978.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam Barisan Nasional, memenangi 109 kerusi, iaitu satu kenaikan sebanyak 32 kerusi. Parti-parti sekutu UMNO juga memperoleh kenaikan bilangan kerusi, dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) memenangi 31 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi, dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) memenangi 9 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi juga.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya dapat mengekalkan tujuh daripada 27 kerusinya. PAS bertanding berdasarkan manifesto yang berjanji sebuah negara Islam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, gagal untuk mengekalkan kerusi parlimennya.

Parti Keadilan, lagi sebuah parti pembangkang, gagal untuk mengekalkan empat daripada lima kerusinya. Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang yang ditewaskan dengan begitu teruk dalam pilihan raya 1999, memperbaik prestasinya dengan pemilihan semula pengerusinya Lim Kit Siang serta timbalannya, Karpal Singh. DAP memenangi 12 kerusi dan memperoleh semula kepimpinan pembangkang yang rasmi dalam parlimen negara daripada PAS.

Kebanyakan calon yang berkempen atas persoalan-persoalan Islam kalah kerusi mereka. Ini adalah satu patah balik yang utama berbanding pilihan raya yang lalu yang secara amnya, calon-calon yang lebih bersifat Islam mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang di tanah air orang Melayu ini.

Jadual keputusan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan keputusan pilihan raya 21 Mac 2004 Dewan Rakyat


Parti Undi  % undi Kerusi +/-
Barisan Nasional (BN): 4,420,452 63.9 198 +51
   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 2,483,249 35.9 109 +38
   Persatuan Cina Malaysia (MCA) 1,074,230 15.5  31 + 2
   Kongres India Se-Malaysia (MIC)   221,546  3.2   9 + 2
   Parti Gerakan Rakyat Malaysia   257,763  3.7 10 + 4
   Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)   383,664  5.5 11 + 5
   Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)   6
   Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)   6
   Parti Demokratik Progresif Sarawak (SAPP)   4
   Parti Bersatu Sabah (PBS)   4
   Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)   4
   Parti Maju Sabah (SAPP)   2
   Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)   1
   Parti Progresif Penduduk (PPP)   1
   Parti Liberal Demokratik (LDP) -
Parti Tindakan Demokratik (DAP)   687,340  9.9  12 + 2
Barisan Alternatif: 1,668,998 24.1   8 -24
   Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 1,051,480 15.2  7 - 20
   Parti Keadilan Rakyat (PKR)   617,518  8.9   1 - 4
Parti tidak berpihak (dan lain-lain)   139,438   2.1   1 - 2
Jumlah besar 6,916,138 100.0 219 +26
Sumber: The Star, Kuala Lumpur

Pilihan raya negeri[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya untuk dewan undangan negeri bagi semua negeri kecuali Sarawak juga diadakan pada 22 Mac. Barisan Nasional menang dengan majoriti di semua negeri kecuali Kelantan. Walaupun terdapat laporan-laporan awal yang berbeza, PAS dapat mengekalkan kuasanya di negeri Kelantan dengan majoriti yang kecil sebanyak 3 kerusi, iaitu 24 kerusi PAS berbanding 21 kerusi Barisan Nasional. Barisan Nasional memperoleh semula kuasanya di negeri Terengganu yang dikalah kepada PAS pada tahun 1999. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, berjaya mengekalkan kerusi negerinya.

Ketidakaturan pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum 2004 dirosakkan oleh beberapa percanggahan yang telah diakui oleh pihak berkuasa pilihan raya. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan: "Saya telah lama dalam bidang ini... perkara ini harus tidak berlaku sama sekali. Mesti adanya alasan-alasan mengapa ini terjadi." Beliau yang telah berkhidmat dalam Suruhanjaya Pilihan Raya untuk lima pilihan raya yang lalu menyatakan bahawa beliau sudi meletak jawatan jika laporan percanggahan membabitkannya.

Antara percanggahan-percanggahan yang terjadi termasuk kertas undi yang salah dicetak, pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi, serta percanggahan bilangan undi yang besar dalam pengiraan semula untuk beberapa kerusi.

Satu pemilihan semula diadakan untuk kerusi Sungai Lembing di Pahang yang diakibatkan oleh percetakan simbol parti pembangkang yang salah dalam kertas undi. Pengundi-pengundi yang buta huruf amat bergantung kepada simbol-simbol parti untuk mengundi kerana mereka tidak boleh membaca nama calon dalam kertas undi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Tak laksana persempadanan semula", 2012/02/18. Dicapai pada 5 April 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
1999
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
2008