Atiqah Najwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Atiqah Najwa" merupakan sebuah drama yang ditayangkan selama 1 jam dalam slot Sutera di RTM1.


Plot[sunting | sunting sumber]

Atiqah Najwa 1[sunting | sunting sumber]

Kisah percintaan Iskandar dan Atiqah dipaparkan dalam kisah ini. Atiqah sudah berkahwin tetap sudah bercerai namun mempunyai seorang anak. Musim pertama ditayangkan sebanyak 13 episod. Atiqah tersepit di antara kekasih dan sahabat. Di akhir cerita ini Atiqah memilih Iskandar sebagai teman hidupnya setelah melalui banyak rintangan.

Atiqah Najwa 2[sunting | sunting sumber]

Hubungan Atikah Najwa dan Iskandar kembali pulih dan mereka menjadi rakan kongsi membuka syarikat akhbar sendiri. Pada masa sama, mereka juga merancang melangsungkan perkahwinan. Berita gembira itu menjadi hadiah paling bermakna kepada adik Atikah Najwa, Tini kerana akhirnya kakaknya akan menikmati kebahagiaan.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, Rahila, isteri Faris, bekas suami Atikah Najwa merasa terluka kerana keguguran akibat kecuaian Atikah Najwa. Rahila mendesak Faris untuk mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap Nisha sesudah Atikah Najwa berkahwin.

Tatkala kebahagiaan mengetuk pintu, tiba-tiba suatu hari Atikah Najwa diculik. Apabila sedar, Atikah Najwa mendapati dia ditinggalkan di sebuah rumah usang tanpa pakaian. Atikah Najwa keliru dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Atikah Najwa diselamatkan seorang pemuda bernama Ferhad. Sesudah itu dia mendapat panggilan misteri yang seolah-olah memberitahu bahawa dia diperkosa ketika diculik dan ditinggalkan di rumah usang itu. Atikah Najwa membuat laporan polis dan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Iskandar dan Tini.

Akibat rasa buntu dan tertekan, Atikah Najwa mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Iskandar hingga menimbulkan kemarahan Iskandar.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Aida Aris - sebagai Atiqah Najwa
  • Rashidi Ishak - sebagai Iskandar dalam Atiqah Najwa 1 sahaja
  • Esma Daniel-sebagai Datuk Faris
  • Emelda Rosmila - sebagai Tini dalam Atiqah Najwa 1 sahaja
  • Haeriyanto Hasan-sebagai Iskandar
  • Elly Hayanty Azman-sebagai Datin Rahila
  • Suria Suryani - sebagai Tini
  • Aleyssa Murni Johari Azmi-sebagai Nisha
  • Khairil Anuar-sebagai Taufik
  • Shahrulzaman Kamaludin-sebagai Ferhad