August Wilhelm von Hofmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
August Wilhelm von Hofmann
August Wilhelm von Hofmann
Kelahiran(1818-04-08)8 April 1818
Meninggal dunia5 Mei 1892(1892-05-05) (umur 74)
WarganegaraJerman
Pusat pendidikanUniversiti Giessen
Terkenal keranaPenyusunan semula Hofmann
Penyingkiran Hofmann
Reaksi Hofmann–Löffler
PasanganHelene Moldenhauer (12 Ogos 1846), Rosamond Wilson (13 Disember 1856), Elise Moldenhauer (19 Mei 1866), Bertha Tiemann (11 Ogos 1873)[1]
AnugerahRoyal Medal (1854)
Copley Medal (1875)
Faraday Lectureship Prize (1875)
Albert Medal (1881)
Kerjaya saintifik
BidangKimia organik
InstitusiUniversiti Bonn
Royal College of Chemistry
Universiti Berlin
Penasihat kedoktoranJustus von Liebig
Pelajar kedoktoranRichard Abegg
Eugen Bamberger
Lazăr Edeleanu
Fritz Haber
Rudolf Hugo Nietzki
Adolf Pinner
Ferdinand Tiemann
Karl Friedrich von Auwers
Dipengaruhi olehWilliam Henry Perkin

August Wilhelm von Hofmann (8 April 1818 – 5 Mei 1892[2]) ialah seorang ahli kimia Jerman yang membuat sumbangan besar kepada kimia organik. Setelah belajar di bawah bimbingan Justus von Liebig di Universiti Giessen, Hofmann menjadi pengarqh pertama Royal College of Chemistry di London, pada 1845. Pada 1865, beliau kembali ke Jerman untuk menerima jawatan di Universiti Berlin sebagai guru dan penyelidik. Setelah kepulangannya, beliau menjadi salah seorang pengasas Perhimpunan Kimia Jerman (Deutsche Chemische Gesellschaft) (1867).[3]

Hofmann meraih pelbagai anugerah signifikan dalam bidang kimia, yang meliputi Royal Medal (1854), Copley Medal (1875) dan Albert Medal (1881). Beliau terpilih menjadi anggota American Philosophical Society pada 1862.[4] Beliau diangkat menjadi bangsawan pada hari ulang tahun ketujuh puluhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Volhard, Jacob; Fischer, Emil (1902). August Wilhelm von Hofmann: Ein Lebensbild. Berlin.
  2. ^ Templat:NDB
  3. ^ August Wilhelm von Hofmann di Encyclopædia Britannica
  4. ^ "APS Member History". search.amphilsoc.org. Dicapai pada 2021-04-20.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource
  •  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Hofmann, August Wilhelm von". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 13 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 563–564.
  • Bericht über die Entwickelung der chemischen Industrie während des letzten Jahrzehends : im Verein mit Freunden und Fachgenossen erstattet . Volume 1–3.1, Vieweg, Braunschweig 1875 – 1877 Digital edition by the University and State Library Düsseldorf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]