Aul (ilmu alam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunib, sebuah aul di Dagestan. Gambar diambil Prokudin-Gorsky antara tahun 1905 dan 1915.

Aul (Chechen:oil); Bahasa Rusia: аул, Turki: awıl) ialah sejenis kampung berkubu yang didapati di seluruh pergunungan Caucasus, terutamanya di Dagestan.

Perkataan ini berasal daripada orang Turki dan membawa maksud "kampung" dalam banyak bahasa-bahasa keluarga bahasa Turki.

Aul di Svaneti (di dalam Republik Georgia), yang memiliki menara Zaman Pertengahannya yang tersendiri, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.[1] Menara yang serupa boleh didapati di wilayah-wilayah lain di Caucasus, khususnya di Ingushetia.

Aul lazimnya diperbuat daripada batu, pada permukaan rabung atau pada muka cenuram sebagai pertahanan daripada serangan mmengejut. Rumah kediaman lazimnya dua tingkat dan dibina berperingkat-peringkat bagi memastikan musuh tidak boleh mara melalui jalan-jalan kampung. Rumah-rumah sering memiliki aspek selatan bagi memanfaatkan sinaran matahari pada musin sejuk, dan supaya dilindungi daripada angin utara. Lazimnya rumah tidak terletak berdekatan tanah pertanian atau punca air, justeru air perlu dibawa ke penempatan.

Dalam abad ke-19 semasa Empayar Rusia cuba menakluk Caucasus, aul merupakan benteng pertahanan yang kuat dan sering kali hanya boleh ditawan dengan menggempurnya.

References[sunting | sunting sumber]

  1. "Upper Svaneti - UNESCO World Heritage Centre", UNESCO World Heritage Centre, United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization.