Dagestan
| Dagestan Республика Дагестан (Bahasa Rusia) Дагъустан Республика (Bahasa Lezgi) |
|
|---|---|
[[Image: |300px]]Lokasi Republik Dagestan di Rusia |
|
| Jata | |
Jata Republik Dagestan |
|
| Lagu: | |
| Pusat pentadbiran | Makhachkala |
| Tahun diwujudkan | |
| Status politik Daerah persekutuan Rantau ekonomi |
Republik Selatan Kaukasus Utara |
| Kod | 05 |
| Kawasan | |
| Kawasan - Tangga |
50,300 km² ke-55 |
| Populasi (mengikut Bancian 2002) | |
| Populasi - Tangga - Kepadatan - Bandar - Luar bandar |
2,576,531 penduduk ke-13 Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali penduduk / km² tidak diketahui tidak diketahui |
| Bahasa kebangsaan | Rusia, Avar, Lezgin, Kumyk, Lak, Dargin |
| Kerajaan | |
| Presiden Republik | Magomedsalam Magomedov |
| Ketua Kerajaan | Magomed Abdulaev |
| Badan perundangan | Parlimen |
| Perlembagaan | Perlembagaan Republik Dagestan |
| Laman web rasmi | |
| http://www.e-dag.ru/ | |
Republik Dagestan (Bahasa Lezgia:Дагъустан Республика Bahasa Rusia: Респу́блика Дагеста́н) merupakan salah satu subjek persekutuan Rusia. Dalam bahasa rumi untuk nama republik ini ialah Respublika Dagestan. Dagestan merupakan republik terbesar di Rusia yang terletak di utara Kaukasus, dari segi keluasan wilayah, mahupun jumlah penduduk.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Dagestan menjadi sebuah republik modern milik Persekutuan Rusia pada tahun 1991. Pemimpin kaum Muslim yang terkenal Imam Shamil berasal dari Dagestan. Dia merupakan dari etnik Avar.
Pada 1999, sebuah kumpulan fundamentalis Muslim dari Chechnya di bawah pimpinan Shamil Basayev, bersama dengan kaum Muslim tempatan, melancarkan pemberontakan di Dagestan, namun gagal. Peristiwa tersebut menegaskan tekad Rusia untuk menyerang Chechnya pada tahun yang sama.
Pada 2005, Datuk Bandar Jeneral Magomed Omarov, wakil menteri dalam negeri, dibunuh di Makhachkala oleh para penembak misteri.
Politik [sunting]
Ketua pemerintahan Dagestan merupakan seorang presiden. Pada tahun 2009, Presiden Dagestan ialah Magomedsalam Magomedovich Magomedov.
Agama [sunting]
Muslim pertama di wilayah Rusia terkini adalah masyarakat Dagestani di (kawasan Derbent) selepas pentaklukan Arab (abad ke-8)[1].
Kebanyakan warga Dagestan memeluk agama Islam Mazhab Syafii. Seperti kebanyakan wilayah Kaukasus lainnya, kaum Islam pribumi Dagestan berupa perintah Sufi yang telah ada berabad-abad silam. Shaykh Said Afandi al-Chirkawi adalah seorang tokoh, alim, murshid tarekat Naqsyabandi dan Shazili di Dagestan[2]. Di akhir-akhir tahun, ketegangan dan huru-hara kerap terjadi antara pemerintah tempatan Sufi dan mubaligh Wahhabi yang datang ke wilayah itu untuk menyebarkan ajaran Wahhabisme.
Pada era 1990-an, jumlah percetakan risalah Islam telah meningkat. Antaranya ialah beberapa buah majalah dalam bahasa Rusia, "Ислам" (transliteration: Islam), "Эхо Кавказа" (Ekho Kavkaza) dan "Исламский вестник" (Islamsky Vestnik), dan beberapa suratkhabar berbahasa Rusia seperti "Ассалам" (Assalam), dan "Нуруль Ислам" (Nurul Islam), yang diterbit di Makhachkala, Dagestan.
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dagestan |
- Islam in Dagestan
- Portal rasmi Dagestan (Dalam bahasa Rusia)
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dagestan |
