Ayam Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayam Melayu
Nama lainMalay
Ciri-ciri
BeratJantan: Standard: kira-kira 5 kg
Bantam: 1190–1360 g[1]
 Betina: Standard: kira-kira 4.1 kg
Bantam: 1020–1130 g[1]
Klasifikasi
APAbaka standard[2]
ABAkaki licin
EEya[3]
PCGBbulu keras[4]
Ayam
Gallus gallus domesticus
Ayam Melayu oleh Jean Bungartz untuk 'Geflügel-Album', 1885
Seekor ayam Melayu betina

Ayam Melayu adalah satu baka ayam sabung. Ia merupakan baka ayam tertinggi di dunia, dengan tinggi lebih daripada 90 sm (36 inchi).[5] Ayam Melayu banyak dibiakkan di Eropah,[3] Australia dan Amerika Syarikat.[6] Ianya bermula di sebahagian Devon dan Cornwall yang terletak di barat laut England,[7] berpunca daripada ayam-ayam yang dimport daripada India[5] atau Asia Tenggara pada dekad-dekad terawal pada kurun ke-19, apabila sejumlah besar ayam baka ini bertaburan di utara India, Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.[8]

Ayam Melayu merupakan baka ayam pertama yang dibiakkan kepada baka bantam; satu versi kerdil bagi baka bersaiz standard dan ia telah diterima oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1904.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 1830, ayam-ayam bersaiz besar dibawa masuk ke England, di mana ia menjadi satu kegilaan[8] dan dibiak secara terpilih oleh para peminat Inggeris.[7] Beberapa ayam yang diimport didokumenkan berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu, ada juga berasal daripada Deccan di India.[9] Ayam-ayam yang berasal daripada India kadang-kala dipanggil dengan ayam Kelabu Chittagong,[7] tetapi dianggap amat menyerupai ayam Melayu. Ia banyak didapati di Devon dan Cornwall, terutamanya di kawasan sekitar Falmouth, yang mana merupakan pelabuhan pertama untuk berlabuh bagi kapal-kapal East Indiaman.[9] Ia juga banyak didapati di Ireland, sekitar kawasan Dublin.[9]

Ayam Melayu dipertontonkan di pertunjukan unggas Britain pertama pada tahun 1845, dan dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan, edisi pertama Standard Unggas Britain, pada tahun 1865.[1][10]

Ayam Melayu juga muncul di Jerman dan Belanda sekitar tahun 1834, dan pada tahun 1846 telah dibawa masuk ke Amerika Syarikat.[8] Ayam Melayu merah berdada hitam dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan oleh Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1883, dan versi bantam pada tahun 1904; lima warna yang lain, bagi saiz standard- dan bantam, telah ditambah pada tahun 1981.[2] Jumlah baka ini di Amerika Syarikat adalah sangat kecil; status pemuliharaannya disenaraikan sebagai "kritikal" oleh FAO.[6]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ayam Melayu dipercayai adalah antara baka ayam tertua di dunia selain daripada ayam Aseel. Ia memiliki postur tubuh yang tegak, otot-otot yang baik dan tengkorak besar. Ayam Melayu memiliki ketinggian antara 26-35 inchi, berat ayam jantan 11 pound dan ayam betina 9 pound. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Ayam Melayu kini mengalami proses pembiakkan terpilih bagi menghasilkan jumlah telur yang lebih banyak berbanding pada tahun 1970an dengan sekitar 70-120 biji setahun untuk ayam betina muda dan 30-55 biji setahun untuk ayam betina tua.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pada hari ini, ayam Melayu dibiak bertujuan untuk menyertai pertunjukan unggas di Barat. Ayam Melayu adalah baka ayam sabung yang mempunyai bulu keras.

Ayam Melayu telah digunakan di Brazil untuk menghasilkan baka ayam Índio Gigante.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424. p. 169–71.
  2. ^ a b APA Recognized Breeds and Varieties: As of January 1, 2012. American Poultry Association. Archived 4 November 2017.
  3. ^ a b Liste des races et variétés homologuée dans les pays EE (28.04.2013). Entente Européenne d’Aviculture et de Cuniculture. Archived 16 June 2013.
  4. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  5. ^ a b Chris Graham (2006). Choosing and Keeping Chickens. London: Hamlyn. ISBN 9780600614388. p. 158–59.
  6. ^ a b Transboundary breed: Malay Game. Domestic Animal Diversity Information System of the Food and Agriculture Organization of the United Nations. Accessed August 2014.
  7. ^ a b c Chickens. Poultry Club of Great Britain. Archived 9 November 2018.
  8. ^ a b c Malay Chicken. The Livestock Conservancy. Accessed August 2014.
  9. ^ a b c William Wingfield, George William Johnson (1853). The Poultry Book: Comprising the Characteristics, Management, Breeding, and Medical Treatment of Poultry. London: W. S. Orr & Company.
  10. ^ William Bernhard Tegetmeier (editor) (1865). The standard of excellence in Exhibition Poultry, authorized by the Poultry Club. London: Poultry Club. p. 17–19