Ayam sabung
|
|
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Ayam sabung, ayam laga, ayam Bangkok, ayam Siam atau ayam baik (bahasa Inggeris:gamecock) adalah sejenis baka ayam. Ia digemari oleh para peminat ayam di sebabkan ciri-ciri sabungnya. Ayam sabung ialah ayam yang sanggup bertarung sampai mati. Di Thailand dan Semenanjung Malaysia, ayam sabung seakan-akan sama dari jenis baka dan cara aduannya. Sesetengah mengatakan ayam sabung dari Semenanjung Malaysia diimport dari Bangkok (Thailand) dan tidak mustahil ayam sabung ini seakan-akan sama. Manakala di Sabah, Sarawak dan sesetengah tempat di Indonesia ayam sabung ini berbeza daripada ayam sabung dari Bangkok kerana saiz ayam sabung ini lebih kecil dan seakan-akan ayam katik dan ayam hutan. Ayam ini juga dipercayai berasal dari Myanmar. Ayam ini juga dikenali sebagi ayam pisau kerana tajinya dipasangkan dengan pisau bersaiz lebih kurang 5 inci dan adunya tidak memakan masa terlalu lama iaitu sehingga 4 minit sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan pengemar ayam laga cukup berminat dengan ayam sabung dari Bangkok. Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan baka yang baik.
Jenis ayam laga [sunting]
- Ayam Hujung Tanduk: mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli dengan panjang 3-5 inci,
- Ayam Taji Asal: hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan)
- Ayam Batang Kaki: ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong.
Pengemar sabung ayam boleh mengenal pasti kekuatan dan kebolehan atau tuah seseekor ayam sabung dengan melihat rupa bentuk,gerak gaya dan terutama sekali sisik pada kaki ayam tersebut sebelum bersabung[perlu rujukan].
Pautan luar [sunting]
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |