Ayat aktif (bahasa Melayu)
Penampilan
Nahu bahasa Melayu |
---|
Morfologi |
Golongan kata |
Sintaksis |
Jenis frasa |
Susunan ayat |
Jenis ayat |
Bentuk ayat |
Penerbitan ayat |
Lain-lain |
Secara amnya, ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan men-. Contohnya:
- Adik mencuci kasut sekolah.
- Ayah membeli rumah itu.
- Anda perlu menguasai bahasa yang baik.
Lawan ayat aktif ialah ayat pasif. Setiap ayat aktif boleh ditulis dalam bentuk pasif yang sepadan. Umpamanya, untuk ketiga-tiga ayat di atas, ayat pasif yang sepadan ialah:
- Kasut sekolah dicuci oleh adik.
- Rumah itu dibeli oleh ayah.
- Bahasa yang baik perlu anda kuasai.