Penjodoh bilangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.

Definisi dan contoh[sunting | sunting sumber]

Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka:

tiga orang pelajar
tiga orang guru

Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasuk bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara, bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]