Azumarill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azumarill
Siri Siri Pokémon
Permainan pertama Pokemon Red and Blue
Nombor: 184 Jenis: Air Berevolusi daripada: Marill Berevolusi menjadi: Tiada

Azumarill (Jepun: マリルリ, Hepburn: Mariruri, Marilli dalam versi asal bahasa Jepun) ialah spesies Pokémon arnab air yang merupakan evolusi Marill pada tahap 18. Azumarill menyerupai arnab dan bola pantai.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Azumarill ialah Pokémon biru berkaki dua yang mempunyai badan bujur telur. Bahagian bawah badannya berwarna putih dengan corak putih seperti gelembung di atasnya, yang membantu untuk memudahkan pergerakan di dalam air. Ia memiliki telinga memanjang seperti arnab dengan bahagian dalam telinga bewarna merah dan mata bulat. Apabila di dalam air, ia mengulung telinganya untuk mengelakkan bahagian dalam daripada basah. Tangan dan kakinya pendek dengan hujung bulat dan tiada jari dilihat. Ia mempunyai ekor berketak-ketak (zigzagging) hitam dengan, hujung seperti gelembung biru.

Azumarill memiliki pendengaran yang sangat tajam, membolehkan ia untuk mendengar jarak jauh, walaupun di bawah air. Dengan mendiamkan diri dan mendengar dengan teliti, ia mampu mengenal pasti identiti mangsa walaupun di dalam sungai yang mengalir pantas. Sekiranya Azumarill terlihat Pokémon lemas, ia akan membentuk belon dari udara. Ia hidup di sungai-sungai dan tasik, dan boleh hidup di dalam air sepanjang hari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]