BAE Systems Tempest

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tempest
Fail:Team tempest.jpg
Ilustrasi konsep oleh BAE Systems
Peranan Pesawat pejuang generasi keenam
National origin United Kingdom[1][2][3]
Pengeluar
Pengenalan Dirancang pada tahun 2035
Status Dalam pembangunan
Pengguna utama Tentera Udara Diraja[4]

BAE Systems Tempest[5] adalah satu konsep cadangan pesawat pejuang yang kini sedang dibangunkan oleh United Kingdom untuk Tentera Udara Diraja dan Tentera Udara Itali (AMI).[6][7] Ia kini dibangunkan di bawah program Sistem Tempur Udara Masa Depan oleh sebuah konsortium yang dikenali sebagai "Team Tempest",[8] yang mana terdiri daripada Kementerian Pertahanan, BAE Systems, Rolls-Royce dari UK, Leonardo S.p.A. dan MBDA. Pesawat ini dirancang akan mula memasuki perkhidmatan bermula tahun 2035 bagi mengantikan pesawat Eurofighter Typhoon yang kini digunakan oleh RAF dan AMI. Dana sebanyakan dua bilion pound sterling akan diberi oleh kerajaan Britain dalam projek menjelang tahun 2025.[9]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2018, Kementerian Pertahanan UK telah menyiarkan Strategy Tempur Udaranya. Elemen-elemen utama adalah:[10][11]

  • Meneruskan pembangunan Typhoon.
  • Melaksanakan Inisiatif Teknologi Sistem Tempur Udara Masa Depan, yang diasaskan oleh Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik.
  • Kajian program-program pengantian Typhoon.
  • "Membina atau menubuhkan sebuah kerjasama antarabangsa baharu untuk memenuhi keperluan masa depan."
  • Fokus akan kebolehmampuan.

Dokumen ini memperincikan tempur udara sebagai "sebuah pesawat, sama ada secara insani atau tanpa insani, di mana fungsi utamanya adalah untuk melaksanakan operasi tempur udara ke udara dan/atau udara ke permukaan di persekitaran bergolak dan/atau dipertikaikan, serta mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas-tugas pengawasan, peperangan elektronik, kawalan dan arahan."[11]

Pada 16 Julai 2018, Setiausaha Pertahanan Gavin Williamson telah memperkenalkan program Tempest pada Pertunjukan Udara Farnborough sebagai sebahagian daripada Strategi Tempur Udara.[12] Ia adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-6 yang menggabungkan beberapa teknologi baharu, senjata tenaga terarah dan senjata hipersonik.[13]

Pada 19 Julai 2019, Sweden dan United Kingdom telah menandatangani sebuah perjanjian persefahaman untuk meneroka cara-cara membangunkan teknologi tempur udara generasi ke-6.[14] Itali telah mengumumkan penglibatan mereka dalam Team Tempest pada 10 September 2019, semasa DSEI 2019.[15] Kenyataan Niat telah ditandatangani antara badan-badan yang terlibat dari UK dan Itali (Leonardo Italy, Elettronica, Avio Aero dan MBDA Itali).[16] Ia kemudian disahkan dengan tandatangan sebuah perjanjian persefahaman trilateral oleh Itali, Sweden dan UK pada 21 Disember 2020, "mentakrifkan prinsip-prinsip sebuah kerjasama atas dasar sama rata di antara tiga buah negara".[17]

Pada tahun 2019, India dan Jepun juga telah dipelawa untuk menyertai projek ini.[18][19]

Semasa Pertunjukan Farnborough Maya pada bulan Julai 2020, Setiausaha Pertahanan Ben Wallace telah mengumumkan tujuh buah syarikat telah menyertai konsortium Team Tempest iaitu: GEUK, GKN, Collins Aerospace, Martin Baker, QinetiQ, Bombardier di Belfast (kini Spirit Aerosystems) dan Thales UK, bersama-sama dengan universiti-universiti UK dan SME. Syarikat-syarikat ini akan bersama-sama akan membangunkan lebih 60 prototaip teknologi dan aktiviti-aktiviti demonstrasi. Sehingga kini, program ini telah menggaji 1,800 orang dan dijangka akan meningkat sehingga 2,500 orang menjelang tahun 2021.[20] Pengumumkan juga dibuat berkaitan pelaburan awal sebanyak £50m ke dalam projek ini oleh Saab dan pembukaan sebuah pusat Sistem Tempur Udara Masa Depan di UK.[21]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Sebuah model Tempest pada tahun 2019

Tempest mampu diterbangkan tanpa insani, dan menggunakan teknologi swarming untuk mengawal dron. Ia akan menggabungkan kecerdasan buatan deep learning dan persenjataan tenaga-terarah.[22][23] Teknologi lain yang direka untuk Tempest yang dikenali sebagai Cooperative Engagement Capability, satu keupayaan untuk bekerjasama di medan tempur, dengan berkongsi data penderia dan pesanan untuk mengkoordinasi serangan atau pertahanan.[13] Tempest akan memiliki sebuah adaptive cycle engine dan sebuah kokpit maya yang dipaparkan pada paparan lekapan helmet juruterbang.[24] Sebuah penjana yang menghantar kuasa elektrik "unprecedented levels" juga dibangunkan untuk pesawat ini.[20]

Beberapa rekabentuk utama pesawat Tempest termasuk seksyen fiuslaj belakang yang sedikit ditinggikan, bagi memuatkan salur “bentuk-S” dibelakang inlet enjin berkembar, untuk mengurangkan keratan rentas radar hadapannya.[25]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Team Tempest". RAF.
  2. ^ "UK and Italian industry partnership". BAE Systems | International.
  3. ^ Chuter, Andrew (July 7, 2019). "Sweden to join British 'Tempest' next-gen fighter push". Defense News.
  4. ^ "Team Tempest". Royal Air Force.
  5. ^ "Inside Tempest – the fighter jet of the future". techradar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 July 2019. Dicapai pada 22 July 2018.
  6. ^ L'Italia sceglie il "Tempest", il caccia di sesta generazione che sostituirà gli Eurofighter Typhoon. [Italy chooses the "Tempest", the sixth generation fighter that will replace the Eurofighter Typhoon.] (dalam bahasa Itali), www.aerostoria.com, dicapai pada 23 September 2019
  7. ^ Sprenger, Sebastian (2019-09-10). "Italy joins Britain's Tempest combat aircraft program". Defense News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-11.
  8. ^ IndraStra Global News Team (19 July 2018). "RAF Tempest — The Changing Dynamics of Cooperation". IndraStra.
  9. ^ "UK unveils new Tempest fighter jet model". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-16. Dicapai pada 2018-07-16.
  10. ^ Taylor, Trevor (November 2000). "Gambling Responsibly and the UK Tempest Programme: Experiences, Risks and Opportunities" (PDF). rusi.org. Royal United Services Institute. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-11-30. Dicapai pada 2021-03-16.
  11. ^ a b "Combat Air Strategy: An ambitious vision for the future" (PDF). Ministry of Defence. 16 July 2018. Dicapai pada 2021-03-16.
  12. ^ "Britain to take leading role in next-generation air power, as Defence Secretary launches Combat Air Strategy". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-16.
  13. ^ a b "U.K. Introduces New Fighter Jet: The Tempest". popularmechanics.com. 16 July 2018. Dicapai pada 22 July 2018.
  14. ^ "Saab banks on Gripen upgrade in new UK-Sweden warplane alliance". Dicapai pada 28 July 2019.
  15. ^ Jennings, Gareth (12 September 2019). "DSEI 2019: Italy joins Tempest". Jane's 360. Dicapai pada 2019-09-11.
  16. ^ "UK and Italian industry to partner on Tempest". BAE Systems. 2019-09-11.
  17. ^ "Italy, UK and Sweden sign MoU on development of Tempest". Janes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-07.
  18. ^ Shukla, Ajai (2019-02-08). "UK to invite India to co-develop sixth-generation fighter aircraft Tempest". Business Standard India. Dicapai pada 2020-08-03.
  19. ^ Chuter, Andrew (2020-07-20). "British next-generation fighter program taps new suppliers". Defense News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-03.
  20. ^ a b "New industry leaders partner with Team Tempest to deliver next generation combat aircraft". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-26.
  21. ^ "International industry collaboration on future combat air capability". BAE Systems | International.
  22. ^ "UK unveils new Tempest fighter jet to replace Typhoon", The Guardian
  23. ^ UK military aircraft technology BAE Systems
  24. ^ Farnborough: Tempest concept underscores UK fighter ambitions Flight Global
  25. ^ Hoyle, Craig. "Tempest windtunnel testing shows design detail". Flight Global (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-25.

Templat:BAE aircraft